CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

One Forteen Tak Nafi Ambil Steroid Untuk 'Sado'

28-8-2023 03:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1535| Komen: 1

“Kenapa nak deny (nafikan)?”

Itu respons bekas anggota kumpulan Forteen, Muhammad Ridzuan Sharifuddin tentang kebenaran desas desus dia menggunakan steroid untuk membina badannya.


Jelas Ridzuan atau mesra disapa One, dia tidak perlu sembunyikan hakikat dia mengambil bahan tersebut untuk membesarkan otot.

“Tapi kalau ambil steroid, tak jaga badan, tak guna.

“Dalaman (badan) kena jaga, ambil vitamin, suplemen untuk kesihatan hati dan tulang,” katanya.

One berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Anugerah TikTok Malaysia semalam.

Dalam masa yang sama, bekas peserta D’Academy Asia 3 itu memaklumkan turut mendapatkan nasihat dan saranan pakar sebelum mengambil bahan tersebut.


“Tentu saya dapatkan pandangan doktor tentang kebaikan dan keburukannya,” katanya lagi.

Mengulas mengenai isu ‘tayang badan’, One tidak menafikan ada menerima gangguan bukan-bukan gara-gara tindakannya itu.

Namun, dia mengakui sudah lali dan enggan mengambil pusing hal tersebut.

“Komen-komen nakal memang ada, sudah bertahun-tahun saya terima.

“Yang keterlaluan juga ada, hantar gambar tak senonoh melalui mesej di Instagram.

“Tapi saya jenis masuk telinga kanan keluar telinga kiri, masih boleh bersabar, tidak melatah dan tak mahu membuka aib dengan mendedahkan perbuatan mereka,” jelasnya.


Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OshinDaSolja 28-8-2023 04:45 PM
bahaya sebenarnya vitamin dan supplement terutamanya dlam bentuk pill...takut rosak buah pinggang...nk selamat mkan je buah buahan segar dan protein segar yg dimasak terus...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.077595 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top