“Tentu saya dapatkan pandangan doktor tentang kebaikan dan keburukannya,” katanya lagi.
Mengulas mengenai isu ‘tayang badan’, One tidak menafikan ada menerima gangguan bukan-bukan gara-gara tindakannya itu.
Namun, dia mengakui sudah lali dan enggan mengambil pusing hal tersebut.
“Komen-komen nakal memang ada, sudah bertahun-tahun saya terima.
“Yang keterlaluan juga ada, hantar gambar tak senonoh melalui mesej di Instagram.
“Tapi saya jenis masuk telinga kanan keluar telinga kiri, masih boleh bersabar, tidak melatah dan tak mahu membuka aib dengan mendedahkan perbuatan mereka,” jelasnya.
Sumber: Utusan