Baru dua minggu berstatus ibu tunggal, Diana juga sudah tidak dapat lari daripada persoalan tentang mencari pengganti mengisi hidup selepas sah bercerai dengan pelakon Farid Kamil. Malahan, dia kembali terpalit dengan gosip yang mengaitkan dia dengan individu berstatus kerabat.
“Kerabat mana tu? Sebelum kahwin dulu pun, macam-macam cerita keluar," katanya. Diana Danielle menolak dakwaan kononnya sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang individu dalam kalangan ‘kerabat’. Menurut wanita berusia 32 tahun itu, kisah cinta dengan kerabat sebenarnya tidak asing lagi dalam hidupnya. Bagi menenangkan fikiran, dia hanya mahu berseronok dengan segala andaian khalayak. “Jadi saya hanya berseronok dengan perkara (andaian) itu,” ujarnya. Enggan mengulas lanjut, pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 32, itu bimbang persoalan sama akan berterusan menjadi perbincangan ramai.
“Saya tiada jawapan dan tak fokus terhadap perkara itu. “Saya tidak suka berbicara mengenainya sebab kalau saya buka cerita, semuanya akan berlarutan. “Ditambah pula sudah tukar status (ibu tunggal), jadi kalau saya layan soalan sebegitu, nanti mesti akan ada pertanyaan sebegitu muncul lagi,” katanya sepas pelancaran single terbaharunya, Bersama Dengan Rindu di sini, semalam. Terdahulu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu. Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof menerusi aplikasi Google Meet memandangkan dia mengalami masalah kesihatan kesan akibat jangkitan Covid-19. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun. Sumber: Kosmo! Online
|
ADVERTISEMENT