CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4098|Reply: 1

"Kerabat Mana?" - Baru 2 Minggu Cerai Diana Danielle Dah Kena Gosip Rapat Dengan Kerabat

[Copy link]
Post time 26-8-2023 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Baru dua minggu berstatus ibu tunggal, Diana juga sudah tidak dapat lari daripada persoalan tentang mencari pengganti mengisi hidup selepas sah bercerai dengan pelakon Farid Kamil.


Malahan, dia kembali terpalit dengan gosip yang mengaitkan dia dengan individu berstatus kerabat.






“Kerabat mana tu? Sebelum kahwin dulu pun, macam-macam cerita keluar," katanya.


Diana Danielle menolak dakwaan kononnya sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang individu dalam kalangan ‘kerabat’.


Menurut wanita berusia 32 tahun itu, kisah cinta dengan kerabat sebenarnya tidak asing lagi dalam hidupnya. Bagi menenangkan  fikiran, dia hanya mahu berseronok dengan segala andaian khalayak.


“Jadi saya hanya berseronok dengan perkara (andaian) itu,” ujarnya.


Enggan mengulas lanjut, pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 32, itu bimbang persoalan sama akan berterusan menjadi perbincangan ramai.


“Saya tiada jawapan dan tak fokus terhadap perkara itu.


“Saya tidak suka berbicara mengenainya sebab kalau saya buka cerita, semuanya akan berlarutan.


“Ditambah pula sudah tukar status (ibu tunggal), jadi kalau saya layan soalan sebegitu, nanti mesti akan ada pertanyaan sebegitu muncul lagi,” katanya sepas pelancaran single terbaharunya, Bersama Dengan Rindu di sini, semalam.


Terdahulu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.


Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof menerusi aplikasi Google Meet memandangkan dia mengalami masalah kesihatan kesan akibat jangkitan Covid-19.


Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun.





Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2023 02:03 AM | Show all posts
Dari pemerhatian aku, janda2 selalu laku. Tak kisah la ko selebriti ke tak. Kejap je menjandanya. Nanti ada la tu pengganti. Tambah2 kalau yang cantik. Lagi la cepat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.043841 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list