Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle Beeson mengakui sebagai seorang wanita dia sendiri ada berasa kurang keyakinan tentang diri dan bentuk fizikalnya. Enggan mengulas secara terperinci mengenai perkara itu, Diana sebaliknya hanya memberitahu ada melakukan bagi mengatasi masalah itu.
"Saya sendiri ada rasa kurang yakin fasal diri sendiri atau tentang fizikal. Normal jika orang bercaka tentangnya. "Saya atasi masalah itu namun tidak perlu untuk saya jelaskan secara terperinci," katanya. Sebelum ini, perubahan wajah pelakon Diana Danielle yang kelihatan berbeza ketika hadir ke prosiding kes hadanah dua anaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin lalu, menjadi perhatian netizen. Ramai mendakwa pelakon berusia 32 tahun itu melakukan sesuatu pada bahagian wajahnya terutamanya bahagian hidung sejak bercerai dengan aktor Farid Kamil pada 10 Ogos lalu.
Diana memberikan maklum balas tersebut ketika ditemui pada majlis santai bersama media sempena pelancaran lagu baharunya berjudul Bersama Dengan Rindu yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
|
SpyLeman replied at 25-8-2023 07:14 PM
Kalau benar DD repair hidung, ternyata manusia itu fitrahnya tidak akan puas dan bersyukur. Dimataku ...
KikiHadid replied at 25-8-2023 07:56 PM
Tajam btl mata netizen ni..meolls smpi ke saat ni x perasan pun hidung dia berubah
naina replied at 25-8-2023 08:28 PM
Bila berduit dan sudah tidak berlaki
Terlalu bebas dan kurang bersyukur
Bagi aku rupa dia dah cantik ...
ADVERTISEMENT