Sementara itu, Diana berkata, dia membaca komen atau cerita sensasi mengenainya termasuk kemelut rumah tangga dengan Farid yang menjadi perhatian umum sejak beberapa bulan lalu.
Sebagai manusia biasa akui Diana dia turut terkesan namun mengambil pendekatan untuk kuat berhadapan dengan semua dugaan dihadapannya.
“Saya baca cerita yang keluar. Saya nak tahu apa yang saya katakan supaya boleh perbaiki jika ada salah.
“Saya juga baca komen. Ada ketika ia menggangu saya. Saya juga manusia biasa... ia menyakitkan.
“Apa yang saya boleh buat hanyalah hadam dan hadapi semua itu,” ujarnya.
Dalam pada itu aktres ini juga akui tersilap langkah apabila tidak menghormati tempoh edah selepas sah bercerai.
Menerima teguran secara terbuka, Diana juga berjanji akan lebih berhati-hari dan memperbaiki diri.
“Ini kali pertama saya lalui perkara ini. Bukan selalu kita kita berdepan situasi ini (bercerai).
“Mungkin saya ada tersilap langkah. Saya minta maaf. Saya tidak sedar ia sesuatu yang sensitif. Saya terima teguran dan akan perbaiki,” jawabnya.
Sumber: mStar