CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Tua Terlepas Dari Pusat Jagaan, Mengengsot Jauh Ke Tengah Jalan Raya Jam 3 Pagi Kata Nak Pergi Cari Ikan

25-8-2023 07:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4615| Komen: 13

Seorang wanita ternampak  satu 'objek' statik di tengah jalan seawal pukul 3 pagi, dan sesiapa sahaj mungkin menyangka ia taktik baharu penjenayah untuk menyamun mangsa.

Namun dia memberanikan diri apabila sanggup memberhentikan kereta untuk mendekati seseorang yang tidak dikenalinya di tengah jalan.


Menerusi perkongsian video, dia menyatakan kejadian tersebut berlaku di kawasan perumahan berhampiran rumahnya di Kamunting, Taiping Perak.

Foto: tiktok

"Pukul 3 pagi aku, tiba-tiba nampak something mencurigakan... aku ingatkan hantu tak ada kepala, jadi tarik nafas panjang sekejap.

"Kemudian aku perasan seorang makcik ni. Aku berhenti tanya nak ke mana... rumah di mana aku nak hantar balik sebab memang tak ada sesiapa di jalan pada waktu tu," ujarnya di ruangan kapsyen.

Pun begitu, menerusi rakaman video, jawapan yang diberikan warga emas terbabit sedikit mengejutkan kerana dia menyatakan ingin ke pasar untuk membeli ikan.


Bukan itu sahaja, warga emas terbabit turut menyatakan ikan di dalam bekas yang dibawanya hampir habis.

Walhal, bekas yang ditunjukkan adalah kasut.

Sarah Ghazali mengakui berasa takut untuk turun daripada keretanya pada waktu itu.

Namun, disebabkan ingin memastikan bahawa apa yang dilihatnya itu adalah seorang warga emas, dia gagahkan diri untuk menghampiri.

"Banyak kali saya jenguk dari dalam kereta. Rasa was-was juga tapi tak sampai hati nak biarkan makcik tu seorang diri... awal pagi macam tu memang sunyi.

"Pada awalnya nampak macam plastik sebab warna baju dia, tapi semakin dekat barulah perasan dia orang tua.

"Jadi saya ambil telefon dan buat rakaman sebagai keselamatan diri juga," katanya kepada mStar.

Kata Sarah, paling dibimbangi adalah nyawa makcik itu yang mungkin melayang disebabkan pemandu kereta yang leka dengan telefon bimbit mahupun mereka yang memandu laju.

"Dia betul-betul duduk di tengah jalan, bayangkan kalau pemandu yang tak sedar dan menyangkakan dia adalah plastik sampah atau hantu... pasti akan terus melanggarnya.

"Masa awal berbual dengan dia, saya rasa pelik sebab dia nak beli ikan dan pada masa sama asyik ajak balik rumah 'kita'.

"Kadang-kadang dia akan bahasakan dirinya tok atau mak. Jadi untuk memujuk, saya pun memanggilnya mak dan Alhamdulillah dia setuju untuk 'balik'," katanya yang turut menyedari warga emas itu berkemungkinan sudah nyanyuk.

Kemudian, Sarah yang menyedari terdapat pusat jagaan orang tua di kawasan berhampiran terus bergerak ke lokasi tersebut dan memanggil penjaga.

Selepas memaklumkan insiden berkenaan, makcik tersebut diselamatkan dan dibawa pulang ke pusat jagaan berkenaan.

Pun begitu, dia yang berusia 27 tahun meluahkan rasa hairan kerana warga emas terbabit hanya 'mengengsot' dan jarak yang ditemui adalah kira-kira 10 meter dari pusat jagaan.

"Dia mengengsot sahaja dari pusat jagaan tu... jauh juga dan saya rasa dia sudah lama keluar sebab dengan keadaan dia yang tak boleh berjalan dan jarak ditemui tu jauh.

"Penjaga dia maklumkan mungkin ada penghuni yang terlupa nak kunci pintu sehingga menyebabkan makcik tu boleh keluar," tambahnya.

Dalam pada itu, Sarah yang bekerja dalam sektor swasta turut menyatakan rasa terkilan kerana dua buah kenderaan yang ditahan enggan berhenti pada masa tersebut.

Pun begitu dia mengandaikan bahawa mereka mungkin berasa takut dan bimbang seandainya dia berniat jahat.

Kebanyakan warga maya menyatakan dia seorang wanita berani kerana menghampiri warga emas terbabit seorang diri pada pukul 3 pagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottombikini 25-8-2023 07:25 AM
kalau dah mengandaikan begitu takyah la kau rasa terkilan pulak apsal org tak berenti

skrg byk org jahat kak
Quote Simunggu 25-8-2023 07:27 AM
nak bunuh diri tu...tu sbb dia duduk tengah jalanraya
Quote Tinot7 25-8-2023 08:59 AM
Wat apa pukui 3 pagi drive kat luar tu?
Quote nonarona 25-8-2023 09:14 AM
takkan sorang pun kat pusat tu tak perasan dia ngesot smpi ke jalanraya, lain la klu dia berlari keluar, musykil sungguh
Quote blue_blur 25-8-2023 09:24 AM
3pagi. nenek. ngesot. kamunting pulak tu. nasib baik tak keluar pakai telekung time tu.
Quote darkness 25-8-2023 09:32 AM
Org tua yg dah nyanyuk ni mmg unexpected tau gagahnya mcmna dia keluar. Teringat moyang kawan sy yg dah meninggal beberapa tahun lalu. Tgh malam dia mengensot ke jalan raya tau. Nasib baik org kampung terserempak dia di tepi jalan. Bayangkan anak2 mmg tak sedar langsung..dah tidur kan. Adakalanya moyang tu kalau dah buang air besar, dia calit semua ke dinding. Jenuhlah anak cuc menantu siram dinding rumah. Tp sabar jelah..dah nyanyuk kan
Quote wikedsaikel 25-8-2023 09:33 AM
Musykil bab dia keluar sendiri.
Quote tikusmontok 25-8-2023 11:39 AM
Kalau kat ndon tak memasal kena chop suster ngesot...siapa la waris nenek ni?
Quote dekmieDandy 28-8-2023 09:15 AM
orang kampung aku dulu pun ada sorang gini, pastu ada yang ambil gambar gi viralkan

orang dok blame kampung aku tak jaga dia

padahal dia camni la, nyanyuk, pastu selalu mintak duit kat orang yang lalu

sebenarnya elok je dapat duit JKM bagai, waris pun ada
Quote B40tastePosh 28-8-2023 09:30 AM
darkness replied at 25-8-2023 09:32 AM
Org tua yg dah nyanyuk ni mmg unexpected tau gagahnya mcmna dia keluar. Teringat moyang kawan sy yg  ...

Betul...sama dengan nenek aku, nenek aku dulu mengesot camni lepas kaki kena potong akibat kencing manis.

Lepastu baling2 taik yg dikorek dari dlm pampers...tilam kena sarung dengan plastik...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.057763 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top