View: 4435|Reply: 10
|
Nenek Tua Terlepas Dari Pusat Jagaan, Mengengsot Jauh Ke Tengah Jalan Raya Jam 3 Pagi Kata Nak Pergi Cari Ikan
[Copy link]
|
|
Seorang wanita ternampak satu 'objek' statik di tengah jalan seawal pukul 3 pagi, dan sesiapa sahaj mungkin menyangka ia taktik baharu penjenayah untuk menyamun mangsa.
Namun dia memberanikan diri apabila sanggup memberhentikan kereta untuk mendekati seseorang yang tidak dikenalinya di tengah jalan.
Menerusi perkongsian video, dia menyatakan kejadian tersebut berlaku di kawasan perumahan berhampiran rumahnya di Kamunting, Taiping Perak.
Foto: tiktok
"ukul 3 pagi aku, tiba-tiba nampak something mencurigakan... aku ingatkan hantu tak ada kepala, jadi tarik nafas panjang sekejap.
"Kemudian aku perasan seorang makcik ni. Aku berhenti tanya nak ke mana... rumah di mana aku nak hantar balik sebab memang tak ada sesiapa di jalan pada waktu tu," ujarnya di ruangan kapsyen.
Pun begitu, menerusi rakaman video, jawapan yang diberikan warga emas terbabit sedikit mengejutkan kerana dia menyatakan ingin ke pasar untuk membeli ikan.
Bukan itu sahaja, warga emas terbabit turut menyatakan ikan di dalam bekas yang dibawanya hampir habis.
Walhal, bekas yang ditunjukkan adalah kasut.
Sarah Ghazali mengakui berasa takut untuk turun daripada keretanya pada waktu itu.
Namun, disebabkan ingin memastikan bahawa apa yang dilihatnya itu adalah seorang warga emas, dia gagahkan diri untuk menghampiri.
"Banyak kali saya jenguk dari dalam kereta. Rasa was-was juga tapi tak sampai hati nak biarkan makcik tu seorang diri... awal pagi macam tu memang sunyi.
"ada awalnya nampak macam plastik sebab warna baju dia, tapi semakin dekat barulah perasan dia orang tua.
"Jadi saya ambil telefon dan buat rakaman sebagai keselamatan diri juga," katanya kepada mStar.
Kata Sarah, paling dibimbangi adalah nyawa makcik itu yang mungkin melayang disebabkan pemandu kereta yang leka dengan telefon bimbit mahupun mereka yang memandu laju.
"Dia betul-betul duduk di tengah jalan, bayangkan kalau pemandu yang tak sedar dan menyangkakan dia adalah plastik sampah atau hantu... pasti akan terus melanggarnya.
"Masa awal berbual dengan dia, saya rasa pelik sebab dia nak beli ikan dan pada masa sama asyik ajak balik rumah 'kita'.
"Kadang-kadang dia akan bahasakan dirinya tok atau mak. Jadi untuk memujuk, saya pun memanggilnya mak dan Alhamdulillah dia setuju untuk 'balik'," katanya yang turut menyedari warga emas itu berkemungkinan sudah nyanyuk.
Kemudian, Sarah yang menyedari terdapat pusat jagaan orang tua di kawasan berhampiran terus bergerak ke lokasi tersebut dan memanggil penjaga.
Selepas memaklumkan insiden berkenaan, makcik tersebut diselamatkan dan dibawa pulang ke pusat jagaan berkenaan.
Pun begitu, dia yang berusia 27 tahun meluahkan rasa hairan kerana warga emas terbabit hanya 'mengengsot' dan jarak yang ditemui adalah kira-kira 10 meter dari pusat jagaan.
"Dia mengengsot sahaja dari pusat jagaan tu... jauh juga dan saya rasa dia sudah lama keluar sebab dengan keadaan dia yang tak boleh berjalan dan jarak ditemui tu jauh.
"enjaga dia maklumkan mungkin ada penghuni yang terlupa nak kunci pintu sehingga menyebabkan makcik tu boleh keluar," tambahnya.
Dalam pada itu, Sarah yang bekerja dalam sektor swasta turut menyatakan rasa terkilan kerana dua buah kenderaan yang ditahan enggan berhenti pada masa tersebut.
Pun begitu dia mengandaikan bahawa mereka mungkin berasa takut dan bimbang seandainya dia berniat jahat.
Kebanyakan warga maya menyatakan dia seorang wanita berani kerana menghampiri warga emas terbabit seorang diri pada pukul 3 pagi. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah mengandaikan begitu takyah la kau rasa terkilan pulak apsal org tak berenti
skrg byk org jahat kak |
|
|
|
|
|
|
|
nak bunuh diri tu...tu sbb dia duduk tengah jalanraya
|
|
|
|
|
|
|
|
Wat apa pukui 3 pagi drive kat luar tu? |
|
|
|
|
|
|
|
takkan sorang pun kat pusat tu tak perasan dia ngesot smpi ke jalanraya, lain la klu dia berlari keluar, musykil sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
3pagi. nenek. ngesot. kamunting pulak tu. nasib baik tak keluar pakai telekung time tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Org tua yg dah nyanyuk ni mmg unexpected tau gagahnya mcmna dia keluar. Teringat moyang kawan sy yg dah meninggal beberapa tahun lalu. Tgh malam dia mengensot ke jalan raya tau. Nasib baik org kampung terserempak dia di tepi jalan. Bayangkan anak2 mmg tak sedar langsung..dah tidur kan. Adakalanya moyang tu kalau dah buang air besar, dia calit semua ke dinding. Jenuhlah anak cuc menantu siram dinding rumah. Tp sabar jelah..dah nyanyuk kan |
|
|
|
|
|
|
|
Musykil bab dia keluar sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat ndon tak memasal kena chop suster ngesot...siapa la waris nenek ni? |
|
|
|
|
|
|
|
orang kampung aku dulu pun ada sorang gini, pastu ada yang ambil gambar gi viralkan
orang dok blame kampung aku tak jaga dia
padahal dia camni la, nyanyuk, pastu selalu mintak duit kat orang yang lalu
sebenarnya elok je dapat duit JKM bagai, waris pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
darkness replied at 25-8-2023 09:32 AM
Org tua yg dah nyanyuk ni mmg unexpected tau gagahnya mcmna dia keluar. Teringat moyang kawan sy yg ...
Betul...sama dengan nenek aku, nenek aku dulu mengesot camni lepas kaki kena potong akibat kencing manis.
Lepastu baling2 taik yg dikorek dari dlm pampers...tilam kena sarung dengan plastik... |
|
|
|
|
|
|
| |
|