Seorang lelaki cedera parah apabila separuh anggota badannya rentung dijilat api dalam satu kejadian yang berlaku di Bang Saray, Sattahip, Chonburi Thailand pada minggu lalu. Sumber melaporkan, insiden itu berpunca akibat perbuatan pemuda terbabit yang cuba membakar rumah jirannya selepas geram dengan bunyi bising serta bau busuk dari rumah terbabit.
Namun, situasi buruk menimpa dirinya apabila simbahan minyak petrol itu terkena pada badannya yang sekali gus menyebabkan dia secara tidak sengaja membakar dirinya sendiri. Si pelaku yang dikenali sebagai Net Anantakul, 47, segera melarikan diri ke rumahnya sebaik kebakaran berlaku dan mengalami kesan lecuran di bahagian muka, lengan dan kaki. Sebaik tiba di rumah, jirannya, Siriporn Homsaen, terkejut dengan kebakaran tersebut dan terus menghubungi pihak bomba untuk memadamkan api tersebut. Siriporn membuat laporan polis berhubung insiden itu dengan menuduh si pelaku cuba membakar kediamannya. Namun, sehingga kini masih belum ada kenyataan lanjut berkaitan kes tersebut dengan pihak polis masih sedang menjalankan siasatan. — CARI Sumber: Majoriti
|
Kurex replied at 24-8-2023 11:44 AM
Pemuda apa sundel umur 47???!!
Kurex replied at 24-8-2023 11:44 AM
Pemuda apa sundel umur 47???!!
ADVERTISEMENT