Pelakon dan pengacara Karl Shafek membuktikan serius dalam bidang fesyen apabila tampil dengan pertunjukan fesyen sepanjang 800 meter di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada malam Ahad. Karl selaku pengasas dan pengarah kreatif Neonate Clothing Company berkata, acara itu adalah yang pertama seumpamanya menggunakan trek lumba di mana tetamu dapat menyaksikan model memperagakan koleksi terbaharu jenama itu seperti menonton lumba kereta Formula 1 atau MotoGP.
"Apa yang anda saksikan adalah hasil idea dan ‘kerja gila’ dari dua jenama ini. Saya boleh katakan ini adalah acara pertunjukan fesyen terbesar diilhamkan sepenuhnya oleh saya dan pasukan. "Ia juga pertunjukan fesyen pertama di atas trek jadi macam-macam gaya mereka dapat saksikan seperti pelumba, mekanik, ‘umbrella girl’ dan banyak lagi. "Ia juga boleh dikatakan antara ‘runway’ terpanjang yang mana jaraknya hampir 800 meter. Walaupun tiada pentas disediakan tapi setiap model perlu berjalan di atas trek lumba,” katanya.
|
hanihan16 replied at 23-8-2023 04:37 PM
lainnya dengan muka yg dulu. masa masuk masterchef pun masih kendo lagi. sekarang semangat betul dah ...
ADVERTISEMENT