Susulan kejayaan tersebut, Karl berharap pertunjukkan melibatkan Neonate dan SVG akan menjadi penanda aras kepada pereka muda lokal lain menghasilkan idea luar biasa selepas ini.
“Saya memang nak jenama Neonate ini menjadi penanda aras kepada industri fesyen yang mana kita nak pereka tempatan di luar sana dan anak seni untuk tampil ke depan dan ekspresikan kerja seni mereka.
“Jangan risau fasal sokongan atau bajet kerana percayalah akan ada pihak yang nak membantu anda. Banyak badan-badan korporat dan syarikat swasta yang memerlukan promosi dan platform untuk memperkenalkan jenama mereka.
“Selain itu saya juga berimpian agar acara ini dapat menjadi satu acara tahunan seperti Streetwear Fashion Week.
"Kalau boleh saya nak orang luar tahu yang negara kita ada banyak jenama yang mempunyai kebolehan dan kepakaran untuk melakukan acara fesyen secara solo seperti yang dilakukan oleh jenama terkenal antarabangsa,” katanya.
Sumber: mStar