Diana Danielle mendapat hak penjagaan penuh terhadap dua orang anaknya iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. Peguam Syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu dia dan Farid Kamil turut mencapai kata sepakat berkaitan isu tersebut.
"Semua diselesaikan secara baik dan telah dijadikan terma mahkamah di mana kedua-dua pihak bersetuju tentang hak penjagaan dan lawatan. "Tuntutan itu diselesaikan secara baik termasuk beberapa perkara lain berkaitan. Jadi tiada apa-apa lagi," katanya kepada mStar. Farid dan Diana turut hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Isnin bagi menghadiri sebutan kes tersebut. Sementara itu, Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, enggan memberi sebarang komen berhubung keputusan itu dan hanya menjelaskan secara ringkas isu berkenaan selesai. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Diana bergegas meninggalkan mahkamah untuk menghadiri satu acara lain. Manakala Farid pula memberitahu kehidupan selepas bergelar duda dianggap sebagai pengalaman baru yang ditempuh dengan kerelaan hati. "Masa depan sudah tertulis. Sebagai hamba saya jalani kehidupan seperti biasa dan lebih mensyukuri nikmat-Nya," ujarnya.
|
KirazMevsimi replied at 21-8-2023 06:15 PM
tahniahhh dianaaa. rezeki. alhamdulillah. moga bertambah rezeki kalian anak beranak, moga Allah seja ...
ADVERTISEMENT