View: 2986|Reply: 9
|
Selesai Secara Baik Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Dapat Hak Penjagaan Penuh Terhadap Dua Orang Anak
[Copy link]
|
|
Diana Danielle mendapat hak penjagaan penuh terhadap dua orang anaknya iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.
Peguam Syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu dia dan Farid Kamil turut mencapai kata sepakat berkaitan isu tersebut.
Foto: IG
"Semua diselesaikan secara baik dan telah dijadikan terma mahkamah di mana kedua-dua pihak bersetuju tentang hak penjagaan dan lawatan.
"Tuntutan itu diselesaikan secara baik termasuk beberapa perkara lain berkaitan. Jadi tiada apa-apa lagi," katanya kepada mStar.
Farid dan Diana turut hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Isnin bagi menghadiri sebutan kes tersebut.
Sementara itu, Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, enggan memberi sebarang komen berhubung keputusan itu dan hanya menjelaskan secara ringkas isu berkenaan selesai.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Diana bergegas meninggalkan mahkamah untuk menghadiri satu acara lain.
Manakala Farid pula memberitahu kehidupan selepas bergelar duda dianggap sebagai pengalaman baru yang ditempuh dengan kerelaan hati.
"Masa depan sudah tertulis. Sebagai hamba saya jalani kehidupan seperti biasa dan lebih mensyukuri nikmat-Nya," ujarnya.
Pada 10 Ogos lalu, Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, melafazkan cerai talak satu terhadap Diana menerusi sidang video Google Meet.
Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak fk lebih tenang Dan jernih. DD nampak mcm buat buat happy |
|
|
|
|
|
|
|
tahniahhh dianaaa. rezeki. alhamdulillah. moga bertambah rezeki kalian anak beranak, moga Allah sejahterakan hidup diana sekeluarga. amin |
|
|
|
|
|
|
|
Macam sama je rupa dia dulu dan sekarang. Apasal benang satu lagi kata rupa dia nampak lain? |
|
|
|
|
|
|
|
KirazMevsimi replied at 21-8-2023 06:15 PM
tahniahhh dianaaa. rezeki. alhamdulillah. moga bertambah rezeki kalian anak beranak, moga Allah seja ...
iols pula nampak DD enjoying her freedom terlepas dah bebanan parit. Parit lak nampak xtentu hala acah2 reda. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa mcm smooth ja kes dd n fk ni. Awal2 ja drama sikit, tp tak la makan berbulan or bertahun nk settle. |
|
|
|
|
|
|
|
kes paling senang dan cepat la kes drg ni.. iols ada soft spot kat fk.. moga baik2 saja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik2 DD kat luar sana. All out kerja. Jgn downgrade kan diri. FK dah start cuci2 dgn join tabligh. Harap terus berubah la. |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah xde perebutan hak penjagaan anak2. Sama2 jaga anak. Jangan buat2 lupa nafkah anak2.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|