View: 41904|Reply: 28
|
[Tempatan]
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
[Copy link]
|
|
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia mencetuskan pelbagai reaksi, dengan kesan positif dan negatif yang dirasai oleh rakyat tempatan, terutamanya dalam sektor hartanah dan ekonomi negara.
Dari sudut positif, peningkatan pembelian warga China, terutamanya dalam segmen hartanah mewah di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulau Pinang, telah merancakkan pasaran tempatan.
Permintaan tinggi ini bukan sahaja memacu pembangunan infrastruktur dan projek berskala besar, malah membuka peluang pekerjaan dalam sektor pembinaan serta hartanah.
Namun begitu, menurut pakar hartanah Profesor Madya Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), ada kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan, katanya kepada Harian Metro.
Antara kebimbangan utama ialah peningkatan harga rumah yang menyukarkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, untuk memiliki rumah.
Ketidakseimbangan pasaran ini juga membawa kepada lebihan bekalan hartanah premium, sedangkan rumah mampu milik masih sukar dibeli.
Di samping itu, pembelian secara besar-besaran oleh warga asing boleh menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan tanah dan pengaruh asing dalam hartanah tempatan, yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.
Warga China beli rumah ini turut dikaitkan dengan spekulasi bahawa hartanah itu nanti akan dilakukan semata-mata untuk pelaburan tanpa niat untuk menetap.
Walaupun pelaburan asing ini membantu merangsang pembangunan, impak kepada rakyat tempatan, terutamanya peningkatan kos hidup dan cabaran dalam pemilikan rumah, menjadi isu yang perlu ditangani.
Kerajaan disarankan untuk mewujudkan polisi khas bagi mengawal pemilikan hartanah oleh warga asing demi menjaga kepentingan rakyat Malaysia.
Kehadiran warga China dalam pasaran hartanah Malaysia membawa peluang besar dari sudut ekonomi, tetapi jika tidak dikawal dengan baik, ia boleh menjadi cabaran besar kepada rakyat tempatan yang masih bergelut untuk memiliki kediaman sendiri. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu nak tunggu warga pprt yang beli kediaman mewah? |
|
|
|
|
|
|
|
ni suma warga cina tanah besar gigih beli rumah kt luar negara sbb kualiti pembinaan perumahan kt sana terlalu teruk utk didiami? rasa cm tak selesa makin ramai warga cina tanah besar melambak2 kt Malaysia nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 10-10-2024 10:07 AM
Aneh betol .. mengapa takut dengan warga china yang nak pindah dan tinggal di Malaysia ? Jika demikian bangunlah rumah dan jual itu kepada Bangla yang juga nak datang dan tinggal agar tampak "balance dan adil" dari perspektif orang melayu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu..yg melayu asik berkempen jgn beli rumah..riba'..teruskan menyewa sampai tua..pastu ko nk salahkan org lain pi beli property? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 10-10-2024 10:49 AM
Sudah terlambat la, jajahan sedikit demi sedikit mula2 bina perumahan kemudian mall dan sekolah industri dan laluan infrastruktur, semua ini berhampiran port linkedua airport keretapi, perlaburan kunun hujung2 wargasing dan geng2 mereka juga dpt kerja hasil dapat org luar, org malaysia hanya kagum2 saja, nampak tanah/perumahan/industri sana sini tapi bukan utk org malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi saya tiada masalah mereka nak beli kerana tanah tu mereka tak boleh bawa balik ke negara mereka lagi pun mereka tinggal di Malaysia hanyalah menggunakan visa satu hari nanti mereka akan tetap meninggalkan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 10-10-2024 01:01 PM
Bagi saya tiada masalah mereka nak beli kerana tanah tu mereka tak boleh bawa balik ke negara mereka ...
Kalau tinggal certain time kt msia blh apply PR, anak yg lahir sini blh dpt ic biru |
|
|
|
|
|
|
|
X susah mana, bangla vetnam indon china kawen koboi beranak anak terus warga malaysia taw |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada yang suarakan spt ini, kerajaan kena buat undang-undang untuk limit. Masa depan rakyat sendiri jangan biarkan tidak terbela, apalagi masa sekrang kesannya tak nampak sangat..
jika menyebabkan kesukaran kesusahan dan masalah pada generasi akan datang disebabkan tak ada tindakan, mereka nanti akan menyalahkan pemimpin2 sebelum generasi mereka.. tak tahulah klu kerajaan skrng nak tolak semua masalah ini pada level individu.. klu mcm tu mereka kena suarakan pendirian mereka mcm mana |
|
|
|
|
|
|
|
Jual kat tempatan , memanjangg xdee duit..juallah kat org luar kaya yg dh tentu bnyk duit...
Kang xbg duit raya kang korang gak komplen mcm2 |
|
|
|
|
|
|
|
mereka dah lama rancang. buat rumah mahal, takda local buyer. open utk international tapi selective dari china. local market supply dan demand tak leh pakai utk tentukan harga domestik dah. so harga rumah mmg boleh mark up subject to pasaran china |
|
|
|
|
|
|
|
biar lah orang luar beli, orang tempatan boleh teruskan menyewa...
nanti kalau takde orang nak beli bagaimana mahu menyewa rumah? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ekselen at 10-10-2024 03:45 PM
dh ko bg tongkat byk2 mmg lah rakyat taknak berusaha naikkan taraf hidup.. geng2 b40 ko mnjakan sgt, lahir lah rakyat yg mls berusaha... cuba provide diorg kemahiran dan biar diorg usaha sendiri, biar diorg bangunkan ekonomi keluarga diorg, boleh beli aset tnpa mslh.. kalau diri sendiri pun kerajaan smpai kena bg segala mcm jenis bantuan even cash, camne nk beli rmh? malaysia agak mudah dpt keja, yg buat keja online pun berlambak2... org2 asing dtg sini siap boleh generate income lg... yg gagal tu sbb dasar kerajaan yg lahirkan generasi pemalas.. jadik org luar la amik kesempatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh.. nanti depa kata kerajaan kejam.. dan nanti kerajaan tak dapat undi dari B40
|
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 10-10-2024 03:48 PM
tak boleh.. nanti depa kata kerajaan kejam.. dan nanti kerajaan tak dapat undi dari B40
hahahaha..masalah kan? pastu jgn merempan lah bila mampu tgk warga china beli rmh.. dah diri sendiri xnk ubah nasib.. bg la warga china ubah nasib diorg |
|
|
|
|
|
|
|
Bandar hutan tu kan? Sbb dia Tau melayu ni mudah kena spin smpikan 1 pulau sudah bertukar tgn |
|
|
|
|
|
|
|
Gi dekat pavillion bukit jalil..bersepah mainland cine bukit situ |
|
|
|
|
|
|
| |
|