lya Iman baru-baru ini memuat naik mengenakan busana pengantin. Ramai yang salah faham dan menyangka pelakon ini nak kahwin! Bagaimanapun katanya hantaran itu berkaitan dengan sebuah kempen jenama dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi. "Saya sekadar suka-suka kongsi gambar tersebut. "Saya harap orang ramai jangan mudah buat spekulasi atau cepat percaya dengan satu perkongsian sahaja di media sosial," katanya kepada mStar. Sebelum ini, pelakon itu menerima banyak ucapan tahniah daripada pengikutnya susulan hantaran berkenaan kerana ramai menyangka Alya sudah mendirikan rumah tangga.
Enggan mengambil serius tanggapan orang ramai, Alya berkata, dia lazimnya hanya akan berkongsi tentang urusan kerja sahaja di laman sosial miliknya.
|
ADVERTISEMENT