View: 2047|Reply: 5
|
Alya Iman Pakai Baju Pengantin, Nak Kahwin Dah Ke?
[Copy link]
|
|
lya Iman baru-baru ini memuat naik mengenakan busana pengantin.
Ramai yang salah faham dan menyangka pelakon ini nak kahwin!
Foto: IG
Bagaimanapun katanya hantaran itu berkaitan dengan sebuah kempen jenama dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.
"Saya sekadar suka-suka kongsi gambar tersebut.
"Saya harap orang ramai jangan mudah buat spekulasi atau cepat percaya dengan satu perkongsian sahaja di media sosial," katanya kepada mStar.
Sebelum ini, pelakon itu menerima banyak ucapan tahniah daripada pengikutnya susulan hantaran berkenaan kerana ramai menyangka Alya sudah mendirikan rumah tangga.
Enggan mengambil serius tanggapan orang ramai, Alya berkata, dia lazimnya hanya akan berkongsi tentang urusan kerja sahaja di laman sosial miliknya.
"Biasanya saya akan kongsi berkaitan hal kerja sahaja. Biarlah orang nak kata apa pun... Nanti saya akan jelaskan lebih lanjut tentang kempen tersebut," ujarnya.
Sementara itu ditanya tentang status terkini, Alya secara ringkas memberitahu hatinya masih belum berpunya.
"Saya masih single," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi dia ni tetap lawa la bila bertudung or free hair. Tak ada yg nk ambik jd heroin utama drama ke |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2 mcm zarina Zainuddin muka dia nih |
|
|
|
|
|
|
|
Klau intan najwa buat rambut gini masa nikah ritu mesti lawo |
|
|
|
|
|
|
|
Jauh lebih elok dari binik qkp
|
|
|
|
|
|
|
| |
|