Penyanyi Nubhan menegaskan dia sama sekali tidak menggunakan ibunya, Badariah Omar atau Mak Jenny, 78, sebagai 'alat' mempromosikan perniagaan yang diusahakan. Pemilik nama sebenar, Ahmad Nubhan Ahamad, 37, berkata, dia berharap agar video bersama ibunya yang dikongsikan dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai.
"Apa yang berlaku kepada ibu saya sekarang adalah rezeki buatnya. Kami pun tak sangka dia dapat perhatian sebegini pada usianya sekarang. Semua yang berlaku adalah secara tiba-tiba. "Kalau ada yang kata saya sengaja mempergunakan ibu sendiri, itu tidak benar. Ini semua soal rezeki. Tidak salah sekiranya saya berkongsi rezeki ini dengan ibu. "Sekarang ibu saya sudah ada peminat sendiri. Sebab itu pergi ke mana pun, saya kena bawa Mak Jenny," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Nubhan juga tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Kekasih Untukku ciptaan sepenuhnya oleh Ikhwan Fatanna sebagai tanda penghargaan buat ibunya.
|
kalchi replied at 20-8-2023 01:40 PM
So sambal paket mak dia ni sdp tak. Ke sama rasa mcm org lain punya jgk
Bukankualilekuk replied at 20-8-2023 02:28 PM
Biras I da rasa katanya takya la beli masak je sdiri sbb rasa tak sdap pun.
kerani_je replied at 20-8-2023 02:44 PM
Die ni asyik la guna mak yg dah tua tu content. Sebelum ni buat content dgn bini doktor nye. Skrg tu ...
rosevelvet replied at 20-8-2023 03:10 PM
Sian mak jeni. Tp kot dia suka hidup mcm tu
katakauu replied at 20-8-2023 01:47 PM
xsedap
dendeng tu pun xhape tah
eh semua xsedap mgkin sbb frozen
ADVERTISEMENT