Selain sebuah karya dedikasi terhadap ibu, lagu ini juga diharapkan dapat memberi inspirasi kepada pendengar yang melalui jalan cerita berbeza.
Tambah Nubhan dia juga tidak pernah meletakkan sasaran untuk lagu baharu ini menduduki kedudukan dalam mana-mana carta atau bertanding dalam anugerah.
"Lagu berbeza dengan perniagaan. Kalau kita letakkan sebuah arya seni itu sebagai sebuah pernigaan ia tidak akan menjadi.
"Saya tidak pernah terfikir keluarkan lagu ini untuk mencipta nama atau ia akan 'meletup'. Saya ikhlas untuk kongsikan sebuah karya kepada peminat.
"Kalau lagu ini boleh sampaikan mesej untuk pendengar, ia satu kemenangan buat saya," ujarnya.
Sementara itu, Nubhan juga menegaskan dia tidak pernah meninggal dunia seni meskipun kini semakin aktif dalam bidang perniagaan.
"Saya masih lagi menerima undangan menyanyi. Ini adalah minat saya dan orang kenal saya pun sebagai penyanyi," jelasnya.
Sumber: mStar