Seorang wanita berkongsi kisah mengenai seorang bapa yang hanya menyedari kesilapannya selepas lapan tahun mengerjakan ibadah umrah. "Pakcik ni sebelum pergi haji pada 2018, dia ada pergi umrah tapi dia tak pergi kursus umrah. Tak pasti sama ada dia tiba-tiba nak pergi umrah tapi dia tak follow kursus.
"Apabila kita niat umrah, ada benda yang dilarang buat sewaktu umrah. Salah satunya waktu tawaf, dia pegang dinding Kaabah. Tiga kali dia pegang... sepatutnya dia kena ulang balik tawaf dia tapi dia tak tahu sebab dia tak pergi kursus. "Patutnya dia kena bayar dam (denda) tapi disebabkan tidak tahu, dia tak ulang tawaf dan buat rukun yang seterusnya iaitu saie," ceritanya. Menyangka ibadah umrahnya sempurna, jemaah berkenaan pulang ke Malaysia dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Dipendekkan cerita, jemaah berkenaan mendapat peluang untuk menjejakkan lagi ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada 2018. "Apabila dia pergi kursus haji, baru dia tahu yang tak boleh sentuh dinding Kaabah sedangkan dia dah sentuh. Maksudnya waktu dia balik Malaysia dulu, dia tak settle lagi umrahnya dulu. "Selama tempoh itu (belum selesai umrah), dia tak boleh mencabut bulu di badan kerana dia masih berada dalam larangan ketika dalam umrah. "Yang paling dia menyesal sekali adalah, dia sudah menikahkan tiga orang anak perempuannya. Apabila pergi ke jabatan agama, (diberitahu) pernikahan anak-anaknya tidak sah dan cucunya tak sah taraf. "Ibadah umrah sangat senang tapi bukan kita boleh ambil ringan. Jadi pastikan pergi kursus umrah dahulu sebelum ke sana," akhirinya. Sekadar perkongsian untuk pengetahuan bersama, perbuatan menyentuh Kaabah ketika tawaf tidak membatalkan tawaf dilakukan secara mutlak. Namun jika seseorang itu meneruskan tawaf setelah menyentuh Kaabah atau seumpamanya tanpa kembali di posisi asal ketika sentuhan berlaku, maka pusingan tawaf itu sahaja yang tidak sah dan perlu diulangi. Menurut hadis Riwayat Muslim, orang yang berada dalam ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berkongsi hukum mengenai perkara berkenaan untuk panduan bersama. "Salah satu sebab mengapa ilmu tersangat penting. "Sebab itu kena pergi kursus umrah. Langgar pantang larang naya. "Kesiannya... nampak macam simple tapi kesannya besar. Terima kasih, banyak pengajaran daripada perkongsian ni," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
ledigugu replied at 15-8-2023 03:46 PM
Jap. Mcm mana pulak pernikahan anak2 tak sah?
noor2 replied at 15-8-2023 03:46 PM
Betul ke ni...knp x sah nikah...rukun nikah apa sebenarnya
ledigugu replied at 15-8-2023 03:46 PM
Jap. Mcm mana pulak pernikahan anak2 tak sah?
msdummy.2018 replied at 15-8-2023 04:04 PM
Apa kaitan rukun nikah dgn rukun umrah? Sb dia leh jadi wali? Sb pasal umrah tak sah?
Kalo mcm tuh ...
jazaa100 replied at 15-8-2023 04:11 PM
Dari apa yg di terangkn....sbb umrah dia tu tak selesai lagi.....sepatutnya dia kena byr dam atas ...
Nham22 replied at 15-8-2023 03:57 PM
Sebab apaknye yg menikahkan anak die.. Kalau bukan apaknye ok saja.... Tp xtaulaaa.. Kene tanye ba ...
ADVERTISEMENT