Terharu atas peluang diberikan, Ayda Jebat, 31, bersyukur diberi kepercayaan untuk menjadi wajah wakilan jenama Aurawhite untuk tahun kesembilan. Kata penyanyi dan pelakon itu, kerjasama yang terjalin memberi makna tersendiri.
“Saya bersama jenama ini untuk tahun yang kesembilan. Sejak zaman solo sehinggalah saya hamil anak kedua sekarang, hubungan bersama mereka berjalan dengan sangat baik. “Saya percaya, kerjasama ini bukanlah soal habuan semata-mata, sebaliknya ia lebih bermakna daripada itu. Besar dedikasi saya buat pengasas jenama ini iaitu Datin Furyna Azmeer dan Datuk Saiful Safwan. “Saya sudah anggap mereka sebagai antara individu yang menjadi penggerak kepada kerjaya seni saya. Begitu juga dengan barisan jenama lain yang turut mengambil saya sebagai juru cakap mereka. “Insya-Allah saya akan terus menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin, seperti tahun-tahun sebelum ini.
“Cuma doa-doakan lah… Mana tahu ikat kontrak untuk tahun ke-10 dengan Aurawhite pula nanti,” selorohnya ketika ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu, Aurawhite Dazzle Glopeptide di Hotel Parkroyal Collection, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mengulas mengenai komen pelbagai yang diterimanya di media sosial susulan bertahun-tahun bergelar duta untuk produk sama, penyanyi lagu Mata ini tidak melihat ia sebagai sindirian negatif. “Saya ada juga terbaca komen sedemikian, terhibur sebab macam-macam ‘speku’ yang ditulis. Ada yang tanya saya ni ‘duta sepanjang hayat ke?’ sebab kalau cakap beberapa jenama, pasti nama saya yang disebut-sebut. Ada juga yang kata saya anak emas mereka dan sebagainya. “Apa yang boleh dikongsi, saya bersyukur atas rahmat rezeki yang diterima. Saya pun bakal bergelar ibu kepada dua cahaya mata, insya-Allah. Kiranya saya tumpang tuah baik suami dan anak jugalah… alhamdulillah. “Cuma senang untuk saya tekankan, ada sesebuah jenama itu mengeluarkan beberapa produk yang berbeza pengguna dan sasaran pembelinya. Jadi akan ada beberapa selebriti lain yang turut diangkat sebagai wajah wakilan. Tidak semestinya satu produk, seorang duta,” katanya lagi. Sementara itu, Aurawhite Dazzle Glopeptide iaitu produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini dan premium memberi sokongan penuh untuk kecantikan dalaman dan luaran dengan membekalkan nutrien penting dengan rasa laici beri yang lazat. Bahan yang digunakan di dalam minuman kolagen ini diiktiraf Halal oleh Jakim dan diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia. Aurawhite Dazzle Glopeptide didatangkan dalam dua saiz iaitu saiz 800g dan kali ini Aura White mengeluarkan edisi terhad 400g. Aurawhite juga turut membuka peluang kepada mereka di luar sana yang ingin turut serta menjana pendapatan menjadi stokis, agen atau affiliate boleh hubungi pihak mereka secara terus bagi yang berminat. Sumber: Media Hiburan
|
mamajawie: tah ye x menjadi pun kat adik pompuan iollss..tetap legam ye
ADVERTISEMENT