CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2818|Reply: 6

Ramai 'Speku' Ayda Jebat Ni Duta Sepanjang Hayat Ke?

[Copy link]
Post time 15-8-2023 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Terharu atas peluang diberikan, Ayda Jebat, 31, bersyukur diberi kepercayaan untuk menjadi wajah wakilan jenama Aurawhite untuk tahun kesembilan.


Kata penyanyi dan pelakon itu, kerjasama yang terjalin memberi makna tersendiri.




IG




“Saya bersama jenama ini untuk tahun yang kesembilan. Sejak zaman solo sehinggalah saya hamil anak kedua sekarang, hubungan bersama mereka berjalan dengan sangat baik.


“Saya percaya, kerjasama ini bukanlah soal habuan semata-mata, sebaliknya ia lebih bermakna daripada itu. Besar dedikasi saya buat pengasas jenama ini iaitu Datin Furyna Azmeer dan Datuk Saiful Safwan.


“Saya sudah anggap mereka sebagai antara individu yang menjadi penggerak kepada kerjaya seni saya. Begitu juga dengan barisan jenama lain yang turut mengambil saya sebagai juru cakap mereka.


“Insya-Allah saya akan terus menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin, seperti tahun-tahun sebelum ini.


“Cuma doa-doakan lah… Mana tahu ikat kontrak untuk tahun ke-10 dengan Aurawhite pula nanti,” selorohnya ketika ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu, Aurawhite Dazzle Glopeptide di Hotel Parkroyal Collection, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Mengulas mengenai komen pelbagai yang diterimanya di media sosial susulan bertahun-tahun bergelar duta untuk produk sama, penyanyi lagu Mata ini tidak melihat ia sebagai sindirian negatif.




IG




“Saya ada juga terbaca komen sedemikian, terhibur sebab macam-macam ‘speku’ yang ditulis. Ada yang tanya saya ni ‘duta sepanjang hayat ke?’ sebab kalau cakap beberapa jenama, pasti nama saya yang disebut-sebut. Ada juga yang kata saya anak emas mereka dan sebagainya.


“Apa yang boleh dikongsi, saya bersyukur atas rahmat rezeki yang diterima. Saya pun bakal bergelar ibu kepada dua cahaya mata, insya-Allah. Kiranya saya tumpang tuah baik suami dan anak jugalah… alhamdulillah.


“Cuma senang untuk saya tekankan, ada sesebuah jenama itu mengeluarkan beberapa produk yang berbeza pengguna dan sasaran pembelinya. Jadi akan ada beberapa selebriti lain yang turut diangkat sebagai wajah wakilan. Tidak semestinya satu produk, seorang duta,” katanya lagi.


Sementara itu, Aurawhite Dazzle Glopeptide iaitu produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini dan premium memberi sokongan penuh untuk kecantikan dalaman dan luaran dengan membekalkan nutrien penting dengan rasa laici beri yang lazat.


Bahan yang digunakan di dalam minuman kolagen ini diiktiraf Halal oleh Jakim dan diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia. Aurawhite Dazzle Glopeptide didatangkan dalam dua saiz iaitu saiz 800g dan kali ini Aura White mengeluarkan edisi terhad 400g.


Aurawhite juga turut membuka peluang kepada mereka di luar sana yang ingin turut serta menjana pendapatan menjadi stokis, agen atau affiliate boleh hubungi pihak mereka secara terus bagi yang berminat.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 09:23 AM | Show all posts
jadi duta ni, minum ke tidak produk tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aii cakap AJ ni mmg committed jadi duta..dia akan promote kaw2 + fan based dia mmg support dia. Character dia yg funky happy tu mmg sesuai jadi duta sebab friendly.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 09:48 AM | Show all posts
tah ye x menjadi pun kat adik pompuan iollss..tetap legam ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 12:20 PM | Show all posts
mamajawie: tah ye x menjadi pun kat adik pompuan iollss..tetap legam ye

aku xrasa dia makan ubat ni pon
dia putih pon sebab product lain tuh


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi mmg laku keras kan dia jadi duta
baguslaaaaah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2023 01:52 PM | Show all posts
Dia ni PR bagus dan rajin. Sama cam Nabila Razali. Nak kerja senang, rajin promo, engagement rate bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.074121 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list