Rumah tangga Hisyam Hamid dengan isteri, Rosmawati Hanafi didakwa berantakan gara-gara jarang memuat naik gambar atau video bersama di media sosial. Namun alasannya jarang memuat naik perkongsian berkaitan kehidupan peribadi kerana fokus tentang perihal kerja seni yang dilakukan.
“Hubungan kami baik-baik sahaja. Mungkin yang bercakap itu tidak selalu singgah Instagram saya. Cuma saya jarang muat naik apa-apa di media sosial. Perkongsian terbaharu banyak tentang kerja. “Entahlah, mungkin faktor usia dan juga sibuk. Saya tiada masa pun untuk diri sendiri. Bila ada waktu terluang, saya banyak habiskan bersama keluarga.
“Lagipun nak muat naik gambar atau video di media sosial, bukan satu kewajiban. Itu sudah jadi perkara kedua bila saya bersama keluarga,” katanya kepada Utusan. Tambahnya dia juga tidak pernah mempunyai masalah terutama melibatkan pelakon wanita yang bergandingan sama ketika berlakon.
“Saya pun sudah 10 tahun dalam industri, ramai pelakon baharu dan lebih muda pernah bergandingan sama. Tak ada isu cemburu atau hubungan di luar set. Tak pernah pun rasanya ada skandal atau sensasi.
“Nak keluar makan dengan rakan pelakon pun sangat jarang. Jadi bagi saya tidak ada isu apa-apa pun. Rumah tangga saya baik-baik saya, doakan kami,” katanya. -CARI Sumber: Utusan Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|