CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2977|Reply: 4

Jarang Tunjuk Gambar Isteri, Rumah Tangga Hisyam Hamid Berantakan?

[Copy link]
Post time 7-8-2023 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Rumah tangga Hisyam Hamid dengan isteri, Rosmawati Hanafi didakwa berantakan  gara-gara jarang memuat naik gambar atau video bersama di media sosial.


Namun alasannya jarang memuat naik perkongsian berkaitan kehidupan peribadi kerana fokus tentang perihal kerja seni yang dilakukan.


Foto: IG




“Hubungan kami baik-baik sahaja. Mungkin yang bercakap itu tidak selalu singgah Instagram saya. Cuma saya jarang muat naik apa-apa di media sosial. Perkongsian terbaharu banyak tentang kerja.


“Entahlah, mungkin faktor usia dan juga sibuk. Saya tiada masa pun untuk diri sendiri. Bila ada waktu terluang, saya banyak habiskan bersama keluarga.


  



“Lagipun nak muat naik gambar atau video di media sosial, bukan satu kewajiban. Itu sudah jadi perkara kedua bila saya bersama keluarga,” katanya kepada Utusan.


Tambahnya dia juga tidak pernah mempunyai masalah terutama melibatkan pelakon wanita yang bergandingan sama ketika berlakon.




  



“Saya pun sudah 10 tahun dalam industri, ramai pelakon baharu dan lebih muda pernah bergandingan sama. Tak ada isu cemburu atau hubungan di luar set. Tak pernah pun rasanya ada skandal atau sensasi.


  



“Nak keluar makan dengan rakan pelakon pun sangat jarang. Jadi bagi saya tidak ada isu apa-apa pun. Rumah tangga saya baik-baik saya, doakan kami,” katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 04:59 PM | Show all posts
pecah empangan kitew wakkkk...


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 05:19 PM | Show all posts
Harap betul lah bagai di kata...
Sayang anak dah besar2 nak cerai berai ni
Tp HH ni herlokkkk dan lazattt hokeh
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ingat dulu ada forumer bgtau ada bau2 dia dgn si scha elina tu.....gosipan saja kah
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 05:31 PM | Show all posts
Orang sekarang dah kukuh, anak2 dah besar buat perangai.. dapat anak kecik dah mcm cucu yihhhh

Mintak jauh lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040773 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list