Artikel : TS LOO Video : Firdausz & TS LOO
Kejatuhan nilai matawang Ringgit kebelakangan ini menyaksikan pembantu rumah warga asing mengambil kesempatan meminta kerajaan kita mempertimbangkan kenaikan gaji minimum. Memetik laporan Sin Chew Jit Poh, Naib Presiden 1, Persatuan Agensi Pembantu Rumah Malaysia, Encik Foo Yong Hooi, harga standard antarabangsa pembantu rumah warga Filipina adalah 400 USD, gaji sekarang yang bernilai RM1, 440 adalah berdasarkan kiraan nilai mata wang RM1 berbanding 3.60 USD pada ketika itu. Tambah beliau, kadar tukaran tersebut telah ditetapkan pada setengah tahun lalu, kalau berdasarkan kiraan kadar pertukaran masa kini iaitu bernilai 4 USD lebih , dipercayai dalam masa terdekat ini ianya akan dinaikan menjadi RM1,700. Sementara itu, dalam bulan Mei tahun ini, Kerajaan Indonesia menyerahkan satu memorandum kepada kerajaan Malaysia untuk meminta gaji warga nya dinaikkan, iaitu dari gaji sekarang yang bernilai RM800 dinaikkan menjadi RM1,200, Bagaimana pun, permohonan kerajaan Indonesia mengundang bantahan majikan di Malaysia yang memerlukan pembantu rumah. Pada masa kini, terdapat seramai 320 ribu pembantu rumah warga asing di dalam negara kita, antaranya 230 ribu adalah merupakan warganegara Indonesia. Sehubungan itu, wartawan CARI Infonet mendapatkan pandangan warga kota di sekitar Lembah Klang sejauh mana kewajaran kenaikan gaji minimum pembantu rumah warga asing.- CARI Infonet |
20
Bagus |
22
Marah |
17
Terkejut |
21
Sedih |
16
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pehbedah replied at 14-11-2015 06:20 AM
angpa cer tengok muka memasing jika kerja gaji tak naik2...cer pikir sikit..dasar betul angpa ni.... ...
ADVERTISEMENT