CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kos amah Indonesia pada kadar RM8,000?

1-7-2013 05:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9669| Komen: 95

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud melibatkan kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin yang bermesyuarat di sini hari ini.

Beliau berkata penetapan kos itu adalah antara perkara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia 2011, yang tertangguh pelaksanaannya sebelum ini.

"Antara kos yang terlibat ialah latihan selama 200 jam, kos dokumen perjalanan, kos makanan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan, kos pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan serta bayaran kepada agensi pekerjaan di kedua-dua negara," katanya.   

Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarakat kali ke-10 jawatankuasa itu di Bangunan Parlimen.

Di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia sebelum ini, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.

"Mungkin sesetengah pihak berkata kos telah naik dari RM4,500 ke RM8,000. Tetapi, sekiranya kerajaan Malaysia tidak bersetuju dengan itu, sampai bila-bila pun kita tidak dapat melaksana pengambilan pembantu rumah Indonesia.

"Indonesia sudah membandingkan dengan negara lain yang sanggup bayar tinggi. Rakyat Malaysia mahukan pembantu rumah. Kalau begitu, kita kena mengambil kira faktor di luar kawalan sebagai penanda aras walaupun kos dianggap tinggi," kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata perubahan kos struktur itu akan dibawa ke dalam perundingan di antara kedua-dua kerajaan bagi mendapatkan persetujuan, agar dapat dikuatkuasakan secepat mungkin.

Beliau berkata perinciannya akan disampaikan oleh Kementerian Sumber Manusia setelah mendapat persetujuan bersama, dan pihak yang berurusan dengan pengambilan pembantu rumah hendaklah mematuhinya.

Selain itu,  Muhyiddin berkata jawatankuasa berkenaan juga memutuskan supaya pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 tidak terpakai kepada pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

"Gaji minimum kita tak ambil kira. Itu terserah kepada majikan untuk tentukan mengikut kadar pasaran," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kerajaan juga memutuskan untuk memansuhkan pengeluaran Journey Perform Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober 2013.

Sebelum ini JP Visa dikeluarkan kepada warganegara Indonesia yang memasuki negara ini melalui Pas Lawatan Sosial sebagai pelancong untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.  - Bernama

-Sumber Berita Online


Bagus
3

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bell 1-7-2013 04:56 PM
Dekat US, Europe org kekaya jer ada maid. Org marhain langsung takde maid. Kat Malaysia nie kita ngengada nak pakai maid.
Quote Vokuro 1-7-2013 05:00 PM
Bell posted on 1-7-2013 04:56 PM
Dekat US, Europe org kekaya jer ada maid. Org marhain langsung takde maid. Kat Malaysia nie kita nge ...

bukan? bajet sangat ummah lokal.
gaji maid indon naik mula lah meroyan mcm wajib sangat ada maid ini.

bagi saya senang sahaja, kalau tak mampu bayar gaji maid, tak usah ambil, it;s not like ambil maid ini sayu keperluan yg wajib pun.
biar sahaja ummah2 yg mampu bayar sahaja yg ambil maid ini
Quote Bell 1-7-2013 05:02 PM
Vokuro posted on 1-7-2013 05:00 PM
bukan? bajet sangat ummah lokal.
gaji maid indon naik mula lah meroyan mcm wajib sangat ada maid  ...

Kat Malaysia nie mcm status simbol plak. Takde maid takde class. Teruk sgt ker kerja rumah. Me pun ada anak kecik - takde pun maid.

Quote duquesne 1-7-2013 05:04 PM
Para majikan sila la bukak satu taska dan satu lagi transit .... banyak insentif yang kerajaan bagi...
Quote Vokuro 1-7-2013 05:05 PM
Bell posted on 1-7-2013 05:02 PM
Kat Malaysia nie mcm status simbol plak. Takde maid takde class. Teruk sgt ker kerja rumah. Me pun ...

janji dapat jadi mem besar kat rumah lepas itu pergi office dok cerita pasal maid aku gitu maid aku sebegini.
Quote Bell 1-7-2013 05:08 PM
duquesne posted on 1-7-2013 05:04 PM
Para majikan sila la bukak satu taska dan satu lagi transit .... banyak insentif yang kerajaan bagi. ...

Kerajaan elok operate taska dan transit 100% dgn staff mendpt gaji dan insentif spt kakitangan kerajaan. Dgn ini kita boleh kuburkan polemik maid di Malaysia.

Quote Bell 1-7-2013 05:10 PM
Vokuro posted on 1-7-2013 05:05 PM
janji dapat jadi mem besar kat rumah lepas itu pergi office dok cerita pasal maid aku gitu maid ak ...

Fefeeling jadi mem besar.....
Quote pyropura 1-7-2013 05:21 PM

..kalau dah kena bayar sampai 8k. baik lah ambik Gro dari Ukraina atau Uzbeks ka, lepaih tu declare sebagai maid....
bayor 8k dapat muka jawa berkerak nak watpe
...
Quote sueism 1-7-2013 05:21 PM
Bell posted on 30-6-2013 10:56 PM
Dekat US, Europe org kekaya jer ada maid. Org marhain langsung takde maid. Kat Malaysia nie kita nge ...


Quote dino 1-7-2013 05:22 PM
pyropura posted on 1-7-2013 05:21 PM
..kalau dah kena bayar sampai 8k. baik lah ambik Gro dari Ukraina atau Uzbeks ka, lepaih tu declar ...

ni maid indon takde class.... nak on microwave pun tak reti tuh
Quote lurve82 1-7-2013 05:36 PM
Maid lelaki ada tak?
Quote kakikuDibibirmu 1-7-2013 05:36 PM
teringin nak ada butler
Quote Acong 1-7-2013 06:24 PM
nak maid dari ukraine..........
Quote izamahmed 1-7-2013 06:36 PM
Acong posted on 1-7-2013 10:24 AM
nak maid dari ukraine..........

tinmggi taste tu..
nanti boleh test. hehe
Quote honda_jazz 1-7-2013 07:28 PM
mahalnya..bayar mahal-mahal..nnti anak aku dia lambung mcm bola..mcm mane tu..??
duit hangus..sakit hati dapat!!
Quote pakwetizzaqyah 1-7-2013 07:40 PM
harus mengerjakan amah indonesia yang dibayar mahal2... (fatwa songsang qadiani al arqamiyah)
Quote ikan_kaghing 1-7-2013 07:41 PM
Harga maid indon: RM 8000
Harga barang kemas yang dicuri : RM 10 000
Harga perubatan anak yang dihempuk ke lantai : RM 2000
Harga wang tunai yang dicuri : RM 7000

Jumlah : RM 27,000
Quote Vympel77 1-7-2013 07:48 PM
ambik maid sabah s'wak
Quote AisPrince 1-7-2013 08:04 PM
Bayar ribu ribu...sebulan je da lari...

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.475772 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top