Jakarta: Seorang mahasiswi Universiti Mataram diusir keluar oleh penduduk Desa Kayangan, Lombok Utara selepas kandungan videonya mendakwa tiada wanita cantik di kampung tersebut, lapor portal berita Kompas.com hari ini.
Dia diusir selepas klip video yang disiarkan dalam akaun Instagram miliknya itu menyinggung perasaan penduduk kampung. Ketua Polis Lombok Utara, Made Sukadana mengesahkan kejadian itu “Ya benar (pengusiran itu berlaku). Masyarakat setempat tersinggung kerana kandungan yang disiarkan,” katanya. Mahasiswi itu sudah keluar dari kampung tersebut selepas dia dibawa balik oleh keluarganya semalam, katanya. Dalam satu majlis bagi menyelesaikan isu itu di kampung tersebut, mahasiswi tersebut sudah meminta maaf kerana kandungan video tersebut, tambahnya. – Agensi
Sumber: Kosmo! Online
|
Lolalala replied at 25-7-2023 02:31 AM
Kebanyakan GenZ sekarang kurang rasa empathy. Its all about Me konsepnya sekarang
ADVERTISEMENT