Oleh : TS LOO Memang tidak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini bilangan penghisap vape atau elektronik rokok kelihatan bertambah secara mendadak, di mana-mana saja pun boleh nampak ramai orang sedang menghisap vape, lebih-lebih lagi baru-baru ini kenaikan 40% harga rokok yang membebankan.
Tidak kurang juga terdapat sebilangan orang memberi alasan menghisap vape bukan sahaja mampu membantu diri mereka berhenti dari tabiat merokok, malah lebih sihat, jadi akibatnya gejala menghisap vape menjadi satu trend terkini. Namun demikian, berdasarkan statistik kementerian kesihatan menunjukkan, terdapat 70% perokok tukar menjadi penghisap vape dikatakan semata-mata adalah untuk mengurangkan ketagihan terhadap rokok.
Akan tetapi, akhirnya keadaan menjadi lebih memburukkan lagi dimana ianya bukan sahaja tidak dapat berhenti dari merokok, malah menjadi ketagih terhadap kedua-dua tabiat pula. Biarpun sebelum ini Kementerian Kesihatan ada keinginan untuk mengharamkan elektronik rokok atau vape secara menyeluruh, tetapi selepas perbincangan dalam mesyuarat kabinet, vape diputuskan tidak akan diharamkan. Bagaimana pun, samada vape diharamkan atau tidak, ia tetap merupakan isu hangat, sehinggakan ada orang menimbulkan persoalan samada vape memiliki sijil pengesahan halal atau tidak? Haram ke tidak vape dalam fatwa agama Islam? Sesungguhnya begitu, menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini pernah menyatakan, keputusan kabinet tidak mengharamkan vape adalah berita baik kerana 95% peniaga vape terdiri daripada orang Melayu. Akan tetapi, bagaimana pula pandangan orang bukan Islam terhadap orang Islam yang menghisap vape? Baru-baru ini, seorang wanita yang beragama Hindu, memberikan pandangan peribadinya berhubung persoalan samada vape itu memenuhi tuntutan halal dan samada penggunaan vape berlandaskan undang-undang negara. Wanita tersebut mengatakan, " sebagai seorang penganut agama Hindu, setiap kali menyediakan juadah untuk kawan muslim saya yang datang ke rumah saya, saya mesti akan memastikan segala makanan yang dihidangkan adalah halal, ini semestinya termasuk perkakas yang digunakan untuk memasak adalah bersih." "Dalam ajaran agama saya, kalau memberi makanan tidak halal kepada orang Islam makan, ini sama juga macam kita memberi pengamal vegetarian makan daging, ia adalah satu kesalahan yang serious. " Menurut dia lagi, apabila dalam ajaran Islam menyatakan rokok dan vape adalah haram, dia akan mengkategorikan kedua-duanya di dalam kumpulan yang sama seperti dadah, alkohol dan daging babi. "Apabila seorang muslim menghisap rokok, minum alkohol, atau makan daging babi, saya masih menghormatinya, tetapi tidak akan menghormati dia atas sebab dia seorang muslim." Wanita tersebut turut megambil contoh beberapa tahun lalu ketika membeli mee goreng secara bungkus untuk seorang kawan muslim daripada seorang penjaja berbangsa Cina. Dia kata, pada masa itu dia mempersoalkan penjaja tersebut samada bungkusan mee goreng yang dibeli itu mengandungi daging babi dan alkohol.Termasuk daging ayam yang diguna pakainya itu samada dibeli daripada pembekal daging orang muslim. Ketika itu, penjaja terbabit menjawab, "Haiya, rokok itu haram sama dengan daging babi tapi dia orang hisap juga, kenapa you nak susahkan diri, mereka orang muslim pun tidak kisahlah. Akhirnya, wanita tersebut memberi nasihatnya, " ingat, sebagai orang muslim, segala tingkah laku anda dijadikan contoh menerusi bual bicara orang lain. Kalau orang bukan Islam ada membaca artikel yang menunjukkan vape adalah haram dalam fatwa Islam, jadi bila mereka nampak anda hisap vape, maka pastinya mereka tidak akan menghormati anda. Kalau anda ingin memastikan makanan yang diberikan oleh orang bukan Islam adalah yang halal, maka awal-awal lagi, anda perlu tunjukkan kepada orang bukan Islam yang anda menghormati tahap halal bagi makanan anda. - CARI Infonet |
25
Bagus |
22
Marah |
16
Terkejut |
23
Sedih |
24
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bluehedgehog replied at 9-11-2015 01:51 PM
diamlah kapiaq
ni bisnes melayu
GhostWalking replied at 9-11-2015 03:13 PM
Tan siew loo apasal attack pelempuan saja?lelaki halal meh isap vape?aiyaaaaaa
CARI-LTS replied at 9-11-2015 07:24 AM
Yeke....Hahaha, sorry tak perasan... pulakkkk..
ADVERTISEMENT