JAKARTA – Gara-gara seorang pesohor media sosial memuat naik video dia menikmati bakso bersama keropok babi, sebuah restoran berstatus halal di Pulau Bali, Indonesia terpaksa membuang semua peralatan makanan di premis itu.
Portal berita Okezone melaporkan, pesohor bernama Jovi Adhiguna itu merakam video dia sedang makan di restoran A Fung Baso, Lapangan Terbang Ngurah Rai. Dia kemudian memuat naik video tersebut di laman Instagram sebelum ia tular dan menerima kecaman netizen. Menurut syarikat pengendali restoran, sebagai rasa bertanggungjawab atas insiden tersebut, pihaknya komited membuang semua peralatan makanan yang dipercayai tercemar dengan keropok itu. “Kami mengambil serius sijil halal yang dimiliki A Fung Baso. Justeru, kami mengambil langkah terbaik membuang semua peralatan makanan yang ada di A Fung Baso Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali,” kata pihak pengurusan di laman Instagram.
Restoran tersebut selain itu turut memohon maaf kepada orang ramai yang berasa bimbang berhubung kejadian tersebut. Sementara itu, Jovi kemudian turut membuat permohonan maaf kepada pihak restoran selepas videonya mendapat kecaman netizen. “Saya sedang menunggu respons daripada pihak pengendali restoran. Sekiranya saya diminta menggantikan peralatan makanan atau apa-apa sahaja, saya pasti akan bertanggungjawab,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
sambaldurian replied at 21-7-2023 11:51 AM
Lorh basuh jela dgn air tanah. Beli sabun tanah, mcm x biasa pulak indonesia ni. Dok pki tudung tp k ...
prettyuglybabe replied at 21-7-2023 12:19 PM
yang i pernah baca peralatan segala tu tak perlu samak..
cukup basuh dengan air dan sabun sebersihny ...
darkness replied at 21-7-2023 05:36 AM
Masalah betul kalau tak faham islam tu macam mana ya
ADVERTISEMENT