CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 18

Punca Influencer Makan Bakso Dengan Keropok Babi, Habis Semua Peralatan Makanan Di Restoran Halal Terpaksa Dibuang!

[Copy link]
Post time 21-7-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA –  Gara-gara seorang pesohor media sosial memuat naik video dia menikmati bakso bersama keropok babi, sebuah restoran berstatus halal di Pulau Bali, Indonesia terpaksa membuang semua peralatan makanan di premis itu.


Portal berita Okezone melaporkan, pesohor bernama Jovi Adhiguna itu merakam video dia sedang makan di restoran A Fung Baso, Lapangan Terbang Ngurah Rai.


Dia kemudian memuat naik video tersebut di laman Instagram sebelum ia  tular dan menerima kecaman netizen.








Menurut syarikat pengendali restoran, sebagai rasa bertanggungjawab atas insiden tersebut, pihaknya komited membuang semua peralatan makanan yang dipercayai tercemar dengan keropok itu.


“Kami mengambil serius sijil halal yang dimiliki  A Fung Baso. Justeru, kami mengambil langkah terbaik membuang semua peralatan makanan yang ada di A Fung Baso Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali,” kata pihak pengurusan di laman Instagram.


Restoran tersebut selain itu turut memohon maaf kepada orang ramai yang berasa bimbang berhubung kejadian tersebut.


Sementara itu, Jovi kemudian turut membuat permohonan maaf kepada pihak restoran selepas videonya mendapat kecaman netizen.


“Saya sedang menunggu respons daripada pihak pengendali restoran. Sekiranya saya diminta menggantikan peralatan makanan atau apa-apa sahaja, saya pasti akan bertanggungjawab,” katanya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2023 11:45 AM | Show all posts
babi tul mamat ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lorh basuh jela dgn air tanah. Beli sabun tanah, mcm x biasa pulak indonesia ni. Dok pki tudung tp kerja dgn tauke jual sate bab*.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 11:51 AM | Show all posts
penjarakan aje dia dgn si mukherjee bodo tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 12:19 PM | Show all posts
yang i pernah baca peralatan segala tu tak perlu samak..
cukup basuh dengan air dan sabun sebersihnya..
kalau kena kulit baru la sertu..
ke salah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 12:24 PM | Show all posts
kenapa pulak nak tunggu pihak pengurusan hubungi kau.. kau pergi la jumpa pengurusan sendiri settlekan..dahla menyusahkan pengurusan..lagi mau jd diva tunggu org sembah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah betul kalau tak faham islam tu macam mana ya
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu org suruh belajar tinggi2. Sebab xnak jadi bodoh mcm ni la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2023 02:42 PM | Show all posts
ni namanya infLANCAUer
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 02:42 PM | Show all posts
sambaldurian replied at 21-7-2023 11:51 AM
Lorh basuh jela dgn air tanah. Beli sabun tanah, mcm x biasa pulak indonesia ni. Dok pki tudung tp k ...

masyarakat kat sana lain sikit perangainya.

buat begini untuk dapat kan kembali kepercayaan pelanggan

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu la kot buang semua peralatan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 03:18 PM | Show all posts
buang yg berkenaan je sdhla... xkn buangsemua skli meja kerusi ke acane...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-7-2023 12:19 PM
yang i pernah baca peralatan segala tu tak perlu samak..
cukup basuh dengan air dan sabun sebersihny ...

betul boleh basuh mcm biasa je sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 03:23 PM | Show all posts
Kat Bali nak masuk kedai makan pun kena hati2 sebab ada serve pork. Tak banyak kedai yg halal..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 03:28 PM | Show all posts
satu pembaziran padahal semua tu sertu je

sis @pooh~key katanya pernah mkn sate babi
harap2 dah bertaubat la
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 02:12 AM | Show all posts
Melantak je la kat kedai yg soheh ada babi guling.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 03:56 AM | Show all posts
Sebab tu orang suruh belajar tinggi2
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 08:14 AM | Show all posts
darkness replied at 21-7-2023 05:36 AM
Masalah betul kalau tak faham islam tu macam mana ya

restoran tu pun entah-entah pengendalinya hindu (bali kan?). mana nak tau kaedah samak semua ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa nak kena buang plak. tu babi bukan jilatan anjing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.052622 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list