Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengesahkan wanita yang terjun dari tingkat empat sebuah kondominium Seksyen 7 berhampiran institusi pengajian tinggi itu adalah mahasiswanya dari Kolej Alam Bina.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengesahkan mahasiswanya dari Kolej Alam Bina terjun dari tingkat empat sebuah kondominium Seksyen 7 berhampiran institusi pengajian tinggi itu. Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, wanita berusia 23 tahun itu merupakan penuntut semester lima di kolej berkenaan yang tinggal secara menyewa di luar kampus. “Kami menerima maklumat tentang kejadian tersebut pada petang semalam dan sudah pun memaklumkan kepada keluarganya pada masa yang sama. Selain itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut dimaklumkan tentang insiden itu,” katanya ketika ditemui pada Program Semarak Siswa Madani (SSM) UiTM Shah Alam, hari ini.
Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan polis mengesahkan kejadian seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terjun dari tingkat empat sebuah kondominium dekat Seksyen 7, di sini, semalam mengalami tekanan dan pernah menerima rawatan sakit mental. Insiden tersebut tular dalam media sosial menerusi potongan video memaparkan mayat seorang individu ditutup dengan kain dipercayai seorang mahasiswa IPTA yang dipercayai bunuh diri dengan terjun dekat sebuah kondominium di sini. Dalam pada itu, Roziah memaklumkan UiTM menyediakan peruntukan RM10,000 sebagai sumbangan untuk disalurkan kepada keluarga mahasiswa berkenaan selain menyediakan van bagi membawa jenazahnya ke Kelantan untuk dikebumikan di sana. “Selain sumbangan itu, UiTM akan menawarkan khidmat kaunseling kepada ahli keluarganya. Bagaimanapun, saya harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana sedang dalam siasatan polis. “Kita harap masyarakat menghormati sensitiviti keluarga mangsa kerana mereka pasti berduka mengenai apa yang berlaku,” ujarnya. Sumber: UTUSAN |
Thunderclouds replied at 15-7-2023 09:29 PM
At one point in my life aku pn penah tdetik nk bunuh diri.
Rasa gelap betul dunia xnapak cahaya lgsu ...
Thunderclouds replied at 15-7-2023 09:29 PM
At one point in my life aku pn penah tdetik nk bunuh diri.
Rasa gelap betul dunia xnapak cahaya lgsu ...
Thunderclouds replied at 15-7-2023 01:29 PM
At one point in my life aku pn penah tdetik nk bunuh diri.
Rasa gelap betul dunia xnapak cahaya lgsu ...
anony-mous replied at 16-7-2023 02:15 AM
Melayu islam ke? Sbb uitm? Uitm ada kuota for non bumi x? Tenat dah msyarakat kita ni
anony-mous replied at 16-7-2023 02:15 AM
Melayu islam ke? Sbb uitm? Uitm ada kuota for non bumi x? Tenat dah msyarakat kita ni
ADVERTISEMENT