Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengesahkan wanita yang terjun dari tingkat empat sebuah kondominium Seksyen 7 berhampiran institusi pengajian tinggi itu adalah mahasiswanya dari Kolej Alam Bina.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengesahkan mahasiswanya dari Kolej Alam Bina terjun dari tingkat empat sebuah kondominium Seksyen 7 berhampiran institusi pengajian tinggi itu.
Gambar hiasan
Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, wanita berusia 23 tahun itu merupakan penuntut semester lima di kolej berkenaan yang tinggal secara menyewa di luar kampus.
“Kami menerima maklumat tentang kejadian tersebut pada petang semalam dan sudah pun memaklumkan kepada keluarganya pada masa yang sama. Selain itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut dimaklumkan tentang insiden itu,” katanya ketika ditemui pada Program Semarak Siswa Madani (SSM) UiTM Shah Alam, hari ini.
Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan polis mengesahkan kejadian seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terjun dari tingkat empat sebuah kondominium dekat Seksyen 7, di sini, semalam mengalami tekanan dan pernah menerima rawatan sakit mental.
Insiden tersebut tular dalam media sosial menerusi potongan video memaparkan mayat seorang individu ditutup dengan kain dipercayai seorang mahasiswa IPTA yang dipercayai bunuh diri dengan terjun dekat sebuah kondominium di sini.
Dalam pada itu, Roziah memaklumkan UiTM menyediakan peruntukan RM10,000 sebagai sumbangan untuk disalurkan kepada keluarga mahasiswa berkenaan selain menyediakan van bagi membawa jenazahnya ke Kelantan untuk dikebumikan di sana.
ROZIAH MOHD. JANOR
“Selain sumbangan itu, UiTM akan menawarkan khidmat kaunseling kepada ahli keluarganya. Bagaimanapun, saya harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana sedang dalam siasatan polis.
“Kita harap masyarakat menghormati sensitiviti keluarga mangsa kerana mereka pasti berduka mengenai apa yang berlaku,” ujarnya.
Post time 15-7-2023 09:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
At one point in my life aku pn penah tdetik nk bunuh diri.
Rasa gelap betul dunia xnapak cahaya lgsung kt ujung terowong.
Ehh..rasa mati lg baik.
Tp ntah la..takut lak nk end my own life buta² mcm tu.
Now dh kertu pn sesekali tdetik sakit tara mana kalo aku kelar tgn ni bila pegang pisau.
But still aku carik jgk semangat nk hidup sbb ank² masih depends on me.
Be kind la bila baca tered org bunuh ni.
Hari² pn struggle nk get on with life (and oppkos la suma org ada masalah masing²) & depression mmg change the way otak tu bfungsi.
Org sihat xpilih terjun bangunan cheqqq..
Moga Allah ampunkn dosa² adik ni
normal. cuma jgn berada dalam zon tu lama sangat. kena cari ketenangan buat hobi apa2. nanti dh ok bangkit.
kaka dah beratus kali fail dalam hidup. ada besar ada kecik ada sampai jatuh tergolek. depression is choice. emotional is choice. stay strong. buat apa aktiviti asalkan otak tak fikir benda2 yang buat depress. nanti dah ok baru wake up and meroket... flyy flyyy fllyyyy
Post time 15-7-2023 09:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Thunderclouds replied at 15-7-2023 09:29 PM
At one point in my life aku pn penah tdetik nk bunuh diri.
Rasa gelap betul dunia xnapak cahaya lgsu ...
Teringat coco lee. Rasanya sheols potong nadi lengannya. Iols pun rasa tak move on lagi dgn kematiannya. Rasa sedih sangat sbb mak dia mengharap dia masih hidup dan boleh diselamatkan masa koma dua hari tu.
Post time 15-7-2023 10:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 15-7-2023 02:57 PM
Thunderclouds replied at 15-7-2023 01:29 PM
At one point in my life aku pn penah tdetik nk bunuh diri.
Rasa gelap betul dunia xnapak cahaya lgsu ...
Jangan layan fikiran2 negetip tu. People are actually very kind tapi bila diracun fikiran negatif suma orang la kita rasa tak betul, aniaya kita, etc, sampai kita ghasa bosan nak hidop.
If bunoh diri aiol takut nanti kot2 roh weols stuck kat tempat bunuh diri, tak ke bosan hidup weols nanti di dunia orang mati. Tu yang banyak hantu hanat bosan2 kacau manusia hidup. Dah la mampo berkawan pun dengan kuntilanak ja. Choi.
Anak2 tu memang berkat dan penyelamat jiwa. Stay strong.
Post time 16-7-2023 02:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
anony-mous replied at 16-7-2023 02:15 AM
Melayu islam ke? Sbb uitm? Uitm ada kuota for non bumi x? Tenat dah msyarakat kita ni
Kalau cina kapir makan babi yang mati, takkanlah acik-acik porem punya gigih mintak Allah S.W.T. ampunkan dosa mendiang pelbagai, setiap yang bunuh diri confirm masuk neraka
Post time 16-7-2023 02:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
takziah buat family arwah. mental health is not a joke. i sendiri pun tgh ada midlife crisis rasa berat sungguh emosi n fikiran walaupun bukan depresssion or anythg serious. semoga keluarga adik ni tabah n kuat hadapi ujian. apa yg paling berat sbnrnya keluarga si arwah. they have to live with this.
Post time 16-7-2023 08:59 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kaka kaka yang rasa ada kesukaran diri or kesusahan hati sampai rasa putus harap and tak tau apa lagi sebenonya yang jadi pada diri. Tolong bawak diri ke klinik kesihatan gomen berhampiran ya. Mintak buat ujian DASS ya.
Post time 16-7-2023 09:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Zaman study dulu kalau waktu stress paling kuat pun dgr org jd histeria je..berjangkit2... Skrg ni betul2 extreme. Risau plak.
Pengaruh artis drp drama luar ke?