Hong Kong: Penduduk Hong Kong diminta untuk tidak menggalakkan aktiviti merokok dengan merenung siapa sahaja yang menyalakan rokok di kawasan yang dilarang, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Menjawab soalan tentang cara mewujudkan bandar bebas tembakau, Setiausaha Kesihatan Hong Kong, Lo Chung-mau berkata, orang ramai tidak boleh mengharapkan polis untuk menangkap perokok itu tepat pada masanya. Pemerintah Hong Kong sedang membahaskan undang-undang dalam memperkukuh langkah antitembakaunya. Peraturan semasa di Hong Kong melarang orang ramai merokok di dalam restoran, tempat kerja, ruang awam dalaman dan beberapa kawasan awam luar bangunan. Selepas melancarkan kempen untuk mengurangkan aktiviti merokok di Hong Kong, Chung-mau memberitahu wakil rakyat dalam satu mesyuarat kesihatan bahawa orang ramai mempunyai peranan untuk menangani perokok.
Cung-mau yang juga seorang doktor perubatan berkata, merokok tidak baik untuk kesihatan dan Hong Kong memerlukan ‘budaya dalam masyarakat di mana orang ramai patuh pada undang-undang’. “Apabila anda melihat orang merokok di kawasan larangan, walaupun tiada pegawai penguatkuasa undang-undang, kita boleh merenung perokok itu,” katanya. Beliau memberitahu, sesiapa yang melanggar peraturan merokok akan didenda sehingga HK$1,500 (RM11,722). – AGENSI Sumber: Kosmo! Online
|
drivethru replied at 15-7-2023 08:18 PM
Aku aritu singgah minum kat kat pelita. Ada meja sebelah tengah merokok. Aku ambil gambar n video. P ...
blue_blur replied at 16-7-2023 04:26 PM
buat dah, dengan muka bengis... dengan yang muda2, jalan lah.... dengan yang lebih tua atau lebih ba ...
ADVERTISEMENT