Klang: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menyelamatkan lima remaja bawah umur warga asing yang dipercayai dieksploitasi sebagai buruh paksa dalam serbuan di sebuah kilang barangan lusuh dan terpakai di Kampung Jawa di sini, petang semalam.
Serbuan jam 4 petang itu dilakukan hasil risikan Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), D3, JSJ Bukit Aman, bersama Pasukan Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) Kementerian Dalam Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan. Ketua Penolong Pengarah D3 ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata lima remaja yang diselamatkan membabitkan tiga remaja perempuan dan dua remaja lelaki warga asing berusia 14 hingga 17 tahun.
"Siasatan awal mendapati, mereka bekerja di kilang berkenaan sejak enam bulan lalu dan dibayar RM50 sehari. "Seramai 72 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen seperti tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta menyalahgunakan pas permit kerja," katanya kepada BH, hari ini. Fadil berkata, warga asing yang ditahan merangkumi 28 lelaki warga Myanmar, 12 lelaki warga Bangladesh, empat lelaki warga China dan seorang lelaki warga India serta dua wanita warga Myanmar dan seorang wanita warga China. "Fokus operasi ialah mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang berpandukan Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan. Orang (NGHTI) yang dibangunkan untuk membantu agensi penguat kuasa," katanya. Beliau berkata, tiga lelaki warga China berusia antara 36 hingga 37 tahunita turut melakukan tangkapan terhadap tiga lelaki warga China berusia 36 hingga 37 tahun disyaki berperanan sebagai pengurus dan pembantu pengurus kilang. "Kilang yang diserbu dipercayai beroperasi secara haram kira-kira setahun manakala mangsa dan semua tangkapan warga asing adalah pekerja kilang itu. "Kes disiasat mengikut Seksyen 14 ATIPSOM 2007, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya. Sumber: Harian Metro
|
shida81 replied at 15-7-2023 08:44 PM
Klu dah tangkap knp x trus htr blk negara dorang.. Knp nk kn tahan kt depoh tahanan.. Soalan serious ...
ADVERTISEMENT