CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 585|Reply: 7

Polis Selamatkan Lima Remaja Jadi Buruh Paksa

[Copy link]
Post time 15-7-2023 07:47 PM | Show all posts |Read mode
Klang: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menyelamatkan lima remaja bawah umur warga asing yang dipercayai dieksploitasi sebagai buruh paksa dalam serbuan di sebuah kilang barangan lusuh dan terpakai di Kampung Jawa di sini, petang semalam.


Serbuan jam 4 petang itu dilakukan hasil risikan Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), D3, JSJ Bukit Aman, bersama Pasukan Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) Kementerian Dalam Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.


Sebahagian daripada warga asing yang ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah kilang barangan lusuh di Kampung Jawa, Klang, petang semalam. - FOTO IHSAN PDRM





Ketua Penolong Pengarah D3 ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata lima remaja yang diselamatkan membabitkan tiga remaja perempuan dan dua remaja lelaki warga asing berusia 14 hingga 17 tahun.


"Siasatan awal mendapati, mereka bekerja di kilang berkenaan sejak enam bulan lalu dan dibayar RM50 sehari.


"Seramai 72 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen seperti tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta menyalahgunakan pas permit kerja," katanya kepada BH, hari ini.


Fadil berkata, warga asing yang ditahan merangkumi 28 lelaki warga Myanmar, 12 lelaki warga Bangladesh, empat lelaki warga China dan seorang lelaki warga India serta dua wanita warga Myanmar dan seorang wanita warga China.


"Fokus operasi ialah mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang berpandukan Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan. Orang (NGHTI) yang dibangunkan untuk membantu agensi penguat kuasa," katanya.


Beliau berkata, tiga lelaki warga China berusia antara 36 hingga 37 tahunita turut melakukan tangkapan terhadap tiga lelaki warga China berusia 36 hingga 37 tahun disyaki berperanan sebagai pengurus dan pembantu pengurus kilang.


"Kilang yang diserbu dipercayai beroperasi secara haram kira-kira setahun manakala mangsa dan semua tangkapan warga asing adalah pekerja kilang itu.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 ATIPSOM 2007, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau warga indon,masa aku jaga project, ramai je yg bawah umur kerja kat construction...yg umur 15 tahun perempuan pun ada....yg lelaki ramai umur 17..18..ikut pakcik makcik depa yg dtg ke Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Camna boleh lepas masuk msia
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua sebab Melayu malas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dah tangkap knp x trus htr blk negara dorang.. Knp nk kn tahan kt depoh tahanan.. Soalan serious
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 15-7-2023 08:56 PM

"Lu olang tankap China olang ka??? sikijap wa mali"-King Kong Bundy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 15-7-2023 08:58 PM
shida81 replied at 15-7-2023 08:44 PM
Klu dah tangkap knp x trus htr blk negara dorang.. Knp nk kn tahan kt depoh tahanan.. Soalan serious ...


"jangan hantar balik la kakak..sini vole makan sodap,minum,vera cangkung FREE...telima kasih Malezia...belanja kita worang"-asing worang la
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau korang kata diorg ni sanggup keje upah rm50 sehari, ingat ye diorg ni dpt gaji bersih takde tolak epf ke socso ke, takde tolak levi. Silap haribulan majikan sewakan rumah kongsi utk diorg ni. Bil api air pun majikan bayarkan sebab taknak diorg ni lari. Tapi majikan ngan warga tempatan kedekut namatey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.038787 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list