Seorang wanita berkongsi kisah tetamu yang menginap di homestay miliknya di Tawau, Sabah, baru-baru ini. Aima Ibrahim pada mulanya menerima kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang ahli keluarga yang menginap di homestay miliknya.
"Ini ada barang makan kami tinggalkan, semua baru beli lagi kak. Tidak dapat bawa balik," katany. Bersama kiriman mesej tersebut, tetamunya turut memuat naik sekeping gambar barang-barang makanan yang ditinggalkan dan disusun di atas kabinet. Antaranya adalah seperti buah epal, mi segera, biskut, minuman coklat, makanan ringan dan sebagainya. Sudah menjadi kebiasaan, tetamu yang menginap di homestay akan membeli barang keperluan makanan untuk dimasak dan dinikmati beramai-ramai kerana dilengkapi dengan dapur serta perkakasan memasak. Aima juga dikejutkan dengan suasana homestay miliknya yang berada dalam keadaan kemas ketika mahu melakukan kerja pembersihan selepas tetamunya itu mendaftar keluar (check-out).
"Bukan senang dapat guest yang tinggalkan rumah dalam keadaan yang bersih, towel semua bersidai, sampah siap buang, rumah dah siap bersapu dan tersusun atur. "Masya-Allah. Bagus betul peribadi family yang menginap kali ini. Siap tinggalkan makanan yang banyak, ada yang masih berbungkus belum terusik. "Alhamdulillah... dapat guest yang baik pun rezeki. Terharu aku sebagai owner dan housekeeper ni. Lepas tu kenyang lagi," tulisnya sambil mendoakan agar keluarga berkenaan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi tabiat yang sama iaitu memastikan tempat penginapan berada dalam keadaan bersih sebelum mendaftar keluar. "Salah satu common sense yang mesti ada dalam diri seseorang. "Apabila masuk bersih dan kemas, waktu keluar pun sama, buat macam mana mula masuk. Begitulah kami, ajar anak-anak sekali. "Syukur Alhamdulillah saya pun pengusaha homestay di Sandakan. Dapat customer yang pembersih ini bonus bagi kita sebab meringankan kerja-kerja kita. "Bab tinggalkan makanan pun satu rezeki, kadang kita yang segan ambil," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
Suchi replied at 12-7-2023 03:00 PM
Kemas buang sampah bagus, tp tuala dah pakai or cadar ke apa tu elok la cabut.
Dan letak setempat, l ...
krustykrab replied at 13-7-2023 08:55 AM
Tuala kalau basah² tak sidai nnt akn berbau kepam & bertaik lalat. Kesian la kt owner homestay, b ...
Suchi replied at 13-7-2023 09:09 AM
Motif campak atas katil, iols biasa gantung tuala tu kat bilik air je.
Tp kalau g homestay tak pen ...
ADVERTISEMENT