CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1933|Reply: 21

Tetamu Dari Syurga- Sebelum Check Out Siap Kemas Homestay Sampai Berkilat, Tinggalkan Macam-Macam Makanan

[Copy link]
Post time 12-7-2023 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berkongsi kisah tetamu yang menginap di homestay miliknya di Tawau, Sabah, baru-baru ini.


Aima Ibrahim pada mulanya menerima kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang ahli keluarga yang menginap di homestay miliknya.


"Ini ada barang makan kami tinggalkan, semua baru beli lagi kak. Tidak dapat bawa balik," katany.


Bersama kiriman mesej tersebut, tetamunya turut memuat naik sekeping gambar barang-barang makanan yang ditinggalkan dan disusun di atas kabinet.


Foto: mStar




Antaranya adalah seperti buah epal, mi segera, biskut, minuman coklat, makanan ringan dan sebagainya.


Sudah menjadi kebiasaan, tetamu yang menginap di homestay akan membeli barang keperluan makanan untuk dimasak dan dinikmati beramai-ramai kerana dilengkapi dengan dapur serta perkakasan memasak.


Aima juga dikejutkan dengan suasana homestay miliknya yang berada dalam keadaan kemas ketika mahu melakukan kerja pembersihan selepas tetamunya itu mendaftar keluar (check-out).


"Bukan senang dapat guest yang tinggalkan rumah dalam keadaan yang bersih, towel semua bersidai, sampah siap buang, rumah dah siap bersapu dan tersusun atur.


"Masya-Allah. Bagus betul peribadi family yang menginap kali ini. Siap tinggalkan makanan yang banyak, ada yang masih berbungkus belum terusik.


"Alhamdulillah... dapat guest yang baik pun rezeki. Terharu aku sebagai owner dan housekeeper ni. Lepas tu kenyang lagi," tulisnya sambil mendoakan agar keluarga berkenaan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.


Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi tabiat yang sama iaitu memastikan tempat penginapan berada dalam keadaan bersih sebelum mendaftar keluar.


"Salah satu common sense yang mesti ada dalam diri seseorang.


"Apabila masuk bersih dan kemas, waktu keluar pun sama, buat macam mana mula masuk. Begitulah kami, ajar anak-anak sekali.


"Syukur Alhamdulillah saya pun pengusaha homestay di Sandakan. Dapat customer yang pembersih ini bonus bagi kita sebab meringankan kerja-kerja kita.


"Bab tinggalkan makanan pun satu rezeki, kadang kita yang segan ambil," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 09:37 AM | Show all posts
aku dan keluarga pun selalu kemas sama ada hotel atau homestay..tapi makanan jel lah tak pernah tinggal...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 09:37 AM | Show all posts
aku dan keluarga pun selalu kemas sama ada hotel atau homestay..tapi makanan jel lah tak pernah tinggal...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 09:40 AM | Show all posts
kita perlu highlight lebih byk cerita positive begini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 09:50 AM | Show all posts
Aku apa salahnya jadi orang macam ini yang memilih untuk berkemas..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 10:01 AM | Show all posts
up bringing yang baik la...and patut bukan benda pelik mmg patutla kemas , x segan ke kalau check out bersepah bagai, tu mentaliti zaman batu. So good job!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2023 10:23 AM | Show all posts
aku mmg tiap kali sewa homestay bawa sesiap plastik sampah sendiri & lain-lain. senang nak kemas. konfirm banyak sampah makanan nnt. maklumlah anak kekecik yang sentiasa lapar. just kemas semua masuk dlm plastik sampah & letak kat depan rumah. Aku mmg selalu ingatkan anak, kemas balik rumah orang. kalau tak nanti nama blacklist, kita dah tak boleh datang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 12:35 PM | Show all posts
aku tak la sidai tuala. aku letak je atas mesin basuh. yg lain2 kemas la sikit2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini akhlak yg baik dan terpuji, insyaallah org yg berakhlak baik akan selamat dari malapetaka akhir zaman dan juga akhirat kelak....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 01:59 PM | Show all posts
bagus2
eloknya semua org pun buat gini tanpa perlu diletakkan segala poster atau arahan
jdkan common sense


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 02:32 PM | Show all posts
Moga MENJADI TELADAN KEPADA SEMUA RAKYAT JELATA yang berhasrat ingin bermalam di Homestay atau mana-mana tempat penginapan... Satu Sikap yang dipuji dan wajar diamalkan senantiasa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 02:36 PM | Show all posts
perbezaan antara manusia dgn orang utan adalah akal
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 02:44 PM | Show all posts
saya pun..siap tinggal makanan & tips duit
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemas buang sampah bagus, tp tuala dah pakai or cadar ke apa tu elok la cabut.
Dan letak setempat, lagi bagus kalau ada bakul ke apa. Melainkan korang yg rajin g basuh pastu jemur takpela.
Jgn la jemur tuala yg dh pakai tp blm basuh tu kang tuan umah rasa cam tak kotor sangat takpelaa bg tetamu lain plak guna ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 08:45 AM | Show all posts
wowwwwwwwwwwwwwwww terpalingggg sorgaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 12-7-2023 03:00 PM
Kemas buang sampah bagus, tp tuala dah pakai or cadar ke apa tu elok la cabut.
Dan letak setempat, l ...

Tuala kalau basah² tak sidai nnt akn berbau kepam & bertaik lalat. Kesian la kt owner homestay, bau kepam & taik lalat tu payah nk hilang. Dah nk kena beli tuala lain.
Iols kalau gi hotel mmg akn sidai elok² tuala tu.

Sb tu iols tk blh duduk homestay. Prnh join sedara laki punya trip, kena kongsi bilik dgn biras. Diorg main campak je towel atas katil, lembab sekali dgn tilam tu. Ewww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 13-7-2023 08:55 AM
Tuala kalau basah² tak sidai nnt akn berbau kepam & bertaik lalat. Kesian la kt owner homestay, b ...

Motif campak atas katil, iols biasa gantung tuala tu kat bilik air je.
Tp kalau g homestay tak penah lg ada tuala disediakan. Mmg pakai tuala sendiri je.
Maybe blm jumpa homestay yg ada bg tuala kot,takpun iols tak perasan hahah.
Lagipun iols jarang tidur homestay kecuali kalau pi sekali ngn mertua. Biasanya setahun sekali je kot tidur homestay.
Dulu2 cadar hotel iols kemas elok tp lepas org suh cabut letak tepi so iols buat la gitu.
Kat hotel lepas kita check out mmg laju cleaner p kemas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 13-7-2023 09:09 AM
Motif campak atas katil, iols biasa gantung tuala tu kat bilik air je.
Tp kalau g homestay tak pen ...

Ada je homestay yg still provide towels hingga kini. Tp lps pkp makin kurang provide towel atas alasan covid ke malas sb hotel mmg bg je towel.
Gantung kt bilik air ok la, tp ada stgh org tu akn campak sekali dgn cadar kat lantai. Geli wehhhh.

Ada je org yg suka campak towels atas katil. Jenis pemalas kot padahal ada je rak towel tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:55 AM | Show all posts
aku ngan family mmg kemas dlu siap mop..sampah kumpul siap2..xpenah tggl selerak mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya kembalikan sedikit duit as diskaun kpd penyewa...betul tak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047881 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list