CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minah Rempit In Action! Tempah Maut, Wanita-Wanita Bertudung Cilok, Meniarap Buat Aksi Superwomen Atas Highway

11-7-2023 10:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1374| Komen: 17

Ssorang pengguna Facebook, memaut naik rakaman penunggang-penunggang motosikal menunggang secara berbahaya di mana ada antara mereka mempamerkan aksi seperti 'superman'.

Tidak hanya menunggang dengan laju, mereka juga dilihat menukar lorong sesuka hati yang secara jelasnya boleh menyebabkan kecelakaan.




Difahamkan, penunggang-penunggang motosikal berkenaan adalah wanita berdasarkan pakaian serta hijab yang berterbangan di sebalik topi keledar.

Malah, kapsyen yang dikongsikan oleh pemilik video juga turut mengesahkannya.

"Minah rempit in action,"tulisnya pada video berkenaan.


Bagaimanapun, tiada butiran lanjut yang dikongsikan mengenai lokasi mahupun waktu video tersebut dirakam.

Video berkenaan turut dikongsikan di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini dan laman Twitter @mynewshub.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya melontarkan kecaman kerana kumpulan penunggang berkenaan boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya yang lain.

"Betul ke mata aku tengok yang terkibar-kibar tu kain tudung? Real punya superwomen.

"Ini ke nanti hantaran kahwin RM20,000?

"Rider perempuan lagi menakutkan daripada driver perempuan," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 11-7-2023 10:28 PM
Polis kemsalam.


Quote BumpIQ 11-7-2023 10:51 PM
KELIHATAN SEPERTI @Bipolajourney SEDANG MENEMPUH 500KM UNTUK MELAWAT SI TERUNA TUA

BOLEH LA WAIKANG SAMA2 WAKAKAKAKAKA

Quote Carcosa 11-7-2023 11:24 PM
SuperKerang.
Dulu sebok dok "Sorry eh, hobi kami mahal". Then skrg, "Alah, aku nak healing sampai pagi tak balik".
Lepas ni apa pulak?
"Sorry, kitorang busy nak mengKuburkan diri sendiri"
Quote Goodluckdontcry 11-7-2023 11:56 PM
Edited by Goodluckdontcry at 11-7-2023 11:57 PM

Bodoh sungguh perbuatan ko dik..silap waktu, Allah SWT takdirkan ko mati terpukang ats jalan..berkecai xrupa asal ko dik..waktu tu..ko menyesal pun tak guna..lg teruk,kematian ko tak diratapi..tp dimaki jer..dan mgkin juga org tepuk tgn...den cuma blh tulis..ko mmg bodoh dik..otak?? Ko mungkin tak berotak kut..sbb tu tak blh fikir dgn baik... kehkehkeh
Quote rosedemon 12-7-2023 08:27 AM
fuyoooooooooooooooo cayalah pmpuan2 zman skrg terbaikkk dek bileh dijadikan bini
Quote tahanie 12-7-2023 08:43 AM
Breed mana pula ni
Quote mizruncing 12-7-2023 08:49 AM
makin byk je pompuan konvoi skrg. lagi2 belah utara nun. x padan ngan pompuan.. hobi kami mahal katanya. apa yg korang cuba nak show off tak tau laa. sampai mana yg dah kawen tu siap letak anak kat umah mak semata2 nak konvoi
Quote pekanwoohoo 12-7-2023 08:54 AM
Kesian lah budak-budak ni. Semata-mata nakkan approval dari kawan-kawan deme, sanggup buat benda tak berfaedah macam ni ye. Semoga satu hari nanti diorang ni sedarlah yang semua ni hanyalah perkara yang bangang.
Quote bulalof 12-7-2023 09:01 AM
semoga size kubur muat2 tak perlu nak alter.
Quote koko12 27-7-2023 12:29 AM
Uyooo fly nak gi cari barang dapur ke
Quote faraway1 27-7-2023 01:59 AM
Atleast jika meninggal, meninggal menutup aurat… syurga tempat mu
Quote bottombikini 27-7-2023 07:52 AM
mizruncing replied at 12-7-2023 08:49 AM
makin byk je pompuan konvoi skrg. lagi2 belah utara nun. x padan ngan pompuan.. hobi kami mahal kata ...

yg mak dia pun menadah redha jaga cucu


Quote azimodin 27-7-2023 08:29 AM
Ni kalau berlanggar dengan kenderaan lain, mau family meroyan anak x salah.

Lagi satu geng2 ride/convoi especially yg bawak jentera mid-tier kalau pergi kedai makan memang kena sembang macam kedai tu mak bapak dorang punya eh??? Dah la conquer meja punya la lama. Dah habis makan pon dok menyembang lagi.
Quote Decaffeinated 27-7-2023 01:13 PM
Picisan. Kalau mati, tanam.

Buang masa nak risau.

Quote Kitty_catz 27-7-2023 01:18 PM
ni species  kelentit kena sunat laser gak ke?
Quote Ladyfreecare 27-7-2023 01:19 PM
Acik-acik nak naik moto pun tatod.
Quote chiyoasuka 31-7-2023 02:21 AM
suka sgt cari penyakit org skg ni

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036570 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top