View: 1188|Reply: 17
|
Minah Rempit In Action! Tempah Maut, Wanita-Wanita Bertudung Cilok, Meniarap Buat Aksi Superwomen Atas Highway
[Copy link]
|
|
Ssorang pengguna Facebook, memaut naik rakaman penunggang-penunggang motosikal menunggang secara berbahaya di mana ada antara mereka mempamerkan aksi seperti 'superman'.
Tidak hanya menunggang dengan laju, mereka juga dilihat menukar lorong sesuka hati yang secara jelasnya boleh menyebabkan kecelakaan.
Difahamkan, penunggang-penunggang motosikal berkenaan adalah wanita berdasarkan pakaian serta hijab yang berterbangan di sebalik topi keledar.
Malah, kapsyen yang dikongsikan oleh pemilik video juga turut mengesahkannya.
"Minah rempit in action,"tulisnya pada video berkenaan.
Bagaimanapun, tiada butiran lanjut yang dikongsikan mengenai lokasi mahupun waktu video tersebut dirakam.
Video berkenaan turut dikongsikan di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini dan laman Twitter @mynewshub.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya melontarkan kecaman kerana kumpulan penunggang berkenaan boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya yang lain.
"Betul ke mata aku tengok yang terkibar-kibar tu kain tudung? Real punya superwomen.
"Ini ke nanti hantaran kahwin RM20,000?
"Rider perempuan lagi menakutkan daripada driver perempuan," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
KELIHATAN SEPERTI @Bipolajourney SEDANG MENEMPUH 500KM UNTUK MELAWAT SI TERUNA TUA
BOLEH LA WAIKANG SAMA2 WAKAKAKAKAKA
|
|
|
|
|
|
|
|
SuperKerang.
Dulu sebok dok "Sorry eh, hobi kami mahal". Then skrg, "Alah, aku nak healing sampai pagi tak balik".
Lepas ni apa pulak?
"Sorry, kitorang busy nak mengKuburkan diri sendiri" |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goodluckdontcry at 11-7-2023 11:57 PM
Bodoh sungguh perbuatan ko dik..silap waktu, Allah SWT takdirkan ko mati terpukang ats jalan..berkecai xrupa asal ko dik..waktu tu..ko menyesal pun tak guna..lg teruk,kematian ko tak diratapi..tp dimaki jer..dan mgkin juga org tepuk tgn...den cuma blh tulis..ko mmg bodoh dik..otak?? Ko mungkin tak berotak kut..sbb tu tak blh fikir dgn baik... kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
fuyoooooooooooooooo cayalah pmpuan2 zman skrg terbaikkk dek bileh dijadikan bini |
|
|
|
|
|
|
|
makin byk je pompuan konvoi skrg. lagi2 belah utara nun. x padan ngan pompuan.. hobi kami mahal katanya. apa yg korang cuba nak show off tak tau laa. sampai mana yg dah kawen tu siap letak anak kat umah mak semata2 nak konvoi |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian lah budak-budak ni. Semata-mata nakkan approval dari kawan-kawan deme, sanggup buat benda tak berfaedah macam ni ye. Semoga satu hari nanti diorang ni sedarlah yang semua ni hanyalah perkara yang bangang. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga size kubur muat2 tak perlu nak alter. |
|
|
|
|
|
|
|
Uyooo fly nak gi cari barang dapur ke |
|
|
|
|
|
|
|
Atleast jika meninggal, meninggal menutup aurat… syurga tempat mu |
|
|
|
|
|
|
|
yg mak dia pun menadah redha jaga cucu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau berlanggar dengan kenderaan lain, mau family meroyan anak x salah.
Lagi satu geng2 ride/convoi especially yg bawak jentera mid-tier kalau pergi kedai makan memang kena sembang macam kedai tu mak bapak dorang punya eh??? Dah la conquer meja punya la lama. Dah habis makan pon dok menyembang lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Picisan. Kalau mati, tanam.
Buang masa nak risau.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni species kelentit kena sunat laser gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Acik-acik nak naik moto pun tatod. |
|
|
|
|
|
|
|
suka sgt cari penyakit org skg ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|