Seorang lelaki yang ditahan setelah melarikan diri selepas bersubahat menikam mati seorang lelaki di wilayah Hubei pada 1993 menjadi tular kerana meminta isterinya mencari suami baharu. Menurut South China Morning Post yang memetik Beijing Youth Daily, tiga suspek lain ditahan sejurus kejadian, namun Zhou berjaya melarikan diri dan diburu sehinggalah pada akhir bulan lalu apabila polis Hubei menahannya di bandar Guangzhou, tempat dia bersembunyi.
Sebelum polis membawanya menaiki kereta api untuk pulang ke Hubei, Zhou menceraikan isterinya dan meminta wanita itu mencari suami baharu. Selepas dipeluk isterinya, Zhou memberitahu kakak iparnya: “Surat perjanjian cerai sudah ada, minta adik kamu menandatanganinya. “Kamu mesti memujuknya supaya berkahwin lagi dan jangan tunggu saya. Saya tidak akan keluar dari penjara.
Apabila Zhou mengulangi permintaannya, isterinya menutup mulutnya dengan tangan dan menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Zhou kemudian memberitahu akhbar itu bahawa dia berasa menyesal atas jenayah dilakukan 30 tahun lalu. Sumber: Kosmo! Online
|
ADVERTISEMENT