CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 1

Dicekup Selepas 3 Dekad Menyorok, Pembunuh Rayu Isteri Kahwin Lain

[Copy link]
Post time 11-7-2023 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki yang ditahan setelah melarikan diri selepas bersubahat menikam mati seorang lelaki di wilayah Hubei pada 1993 menjadi tular kerana meminta isterinya mencari suami baharu.


Menurut South China Morning Post yang memetik Beijing Youth Daily, tiga suspek lain ditahan sejurus kejadian, namun Zhou berjaya melarikan diri dan diburu sehinggalah pada akhir bulan lalu apabila polis Hubei menahannya di bandar Guangzhou, tempat dia bersembunyi.




Suspek mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya di stesen kereta api. - SCMP/Weibo/@Youth Video




Sebelum polis membawanya menaiki kereta api untuk pulang ke Hubei, Zhou menceraikan isterinya dan meminta wanita itu mencari suami baharu.


Selepas dipeluk isterinya, Zhou memberitahu kakak iparnya: “Surat perjanjian cerai sudah ada, minta adik kamu menandatanganinya.


“Kamu mesti memujuknya supaya berkahwin lagi dan jangan tunggu saya. Saya tidak akan keluar dari penjara.


Apabila Zhou mengulangi permintaannya, isterinya menutup mulutnya dengan tangan dan menggelengkan kepala tanda tidak setuju.


Zhou kemudian memberitahu akhbar itu bahawa dia berasa menyesal atas jenayah dilakukan 30 tahun lalu.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2023 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya 30 thn baru jumpa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.052293 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list