CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alhamdulillah Perang Dingin Berakhir, Awie Dah Rujuk Dengan Amy

10-7-2023 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2221| Komen: 35

Selepas lebih setahun tidak berkomunikasi, vokalis rock legenda tanah air, Datuk Amy Search dan Dato Awie Wings mengakhiri ‘perang dingin’ dengan silaturahim dan ukhuwah yang lebih baik.

Awie yang menyifatkan hubungan baik yang kembali terjalin sebagai ‘rujuk’ malah bersyukur kerana perasaan marah, sakit hati dan benci antara satu sama lain akhirmya terhapus dengan kemaafan.


“Ya kami sudah ‘rujuk’, Alhamdulullah,” jawab Awie ringkas berseloroh.


IG

“Saya rasa bulan ini bulan yang sangat mulia, ada orang mengutuskan seseorang untuk berbincang, saya minta masa fikir dulu dan saya juga ada komitmen.

“Saya fikir juga saya sebagai yang lebih muda akhirnya selepas beberapa minggu kami berjumpa.

“Saya sayang dia sebagai brother, pelopor rock dan dalam Malaysia ini tak ada orang boleh dapat nombor satu kecuali Amy,” tambah Awie lagi.


Awie ditemui media selepas membuat persembahan finale malam pertama pada NUSA FEST yang berlangsung hujung minggu lalu.

Ironi pertemuan dan perdamaian yang terjadi juga diatur oleh Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim dan Opie Sofea sebelum NUSA FEST berlangsung. Wings dan Search menjadi headliners untuk festival tersebut.

Bercerita lanjut, Awie mendedahkan hubungan mereka menjadi dingin bertahun lamanya selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019.

“Bertahun (tak bertegur), sejak Abang Yazit meninggal dunia. Saya akur saya orang yang umur lebih bawah, saya pergi jumpa, bermaafan, berpeluk, cium, sebagai adik dan abang sebagai sahabat perjuangan dalam industri.

“Saya pun makin tua, kubur pun sudah memanggil, cukuplah, Syukur,” katanya lagi.

Antara faktor yang membuat hatinya lembut untuk berbaik akui Awie selepas hubungannya dengan bekas isteri, Rozana pulih sekaligus memberi peluang beliau bertemu dua anaknya yang telah lapan tahun tidak bersua.

“Apabila jumpa anak dan bekas isteri, cukuplah zaman perang-perang, benda-benda bodoh ini cukuplah. Mana kawan yang bergaduh dengan saya semua kami berbaik balik, saya tak mahu (panjang),” katanya lagi.


IG

Untuk rekod, Amy mengakui berkecil hati dengan komen pedas yang dikeluarkan Awie mengenai kepincangan yang terjadi dalam Search. Awie antaranya menyifatkan Amy tidak bertanggungjawab kerana mengabaikan kebajikan dan ego apabila ada dalam kalangan anggota kugiran tersebut jatuh sakit, termasuk Allahyarham Yazit.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-7-2023 02:14 PM
theyols ada gaduh apa... tapi bagus la tu berbaik...

hanya lelaki je boleh berbaik macamni...

kalau perempuan selalunya kena tunggu salah sorang mati dulu...
tu pun entah2 di tuangnya air pepsi atas kubur masa pengkebumian...


Quote KamikuP 10-7-2023 02:32 PM
moga fauzra dan jahlop berpeluk cium jua hendaknyer.. ekekeke
Quote OshinDaSolja 10-7-2023 02:46 PM
Alhamdulillah...seronok tengok dua rockers legend ni bersatu semula... iollz mmg respect pak Awie dan pak Amy sebab keduanya clean tak pernah terlibat najis dadah... personaliti pun bagus humble dan ramah dgn fans...
Quote deebiz14 10-7-2023 02:48 PM
Alhamdullilah..
Da tua2 ni tak elok la gaduh2.
Quote salimrock 10-7-2023 03:18 PM
diorang gaduh pn bukan hal besar pun...

hal kecik2 je, hal amy dgn arwah yazid,

awie tegur , atau komen pedas. itu je...

Quote Sazreena 10-7-2023 04:41 PM
Dah tetua ni makin sensitip..biasa la tu..alhamdulillh dah berbaik.
Quote Perawankota 10-7-2023 05:07 PM
Elon lah tu dah berbaiik
Quote supernaturalee 11-7-2023 09:16 AM
alhamdulillah


eloklah tu
btw teguran awie dulu tu berasas

Quote prizadane 11-7-2023 09:22 AM
Gila kalau Amy tak nak berbaik dgn awie. Awie masih boleh nyanyi live, unlike Amy dah semput. Pasni boleh la collab buat concert together
Quote stingerpressor 11-7-2023 09:23 AM
Powerful Performance..

[youtube]d8HlYU0nhoM[/youtube]

Sore sore jantanz terutama bam sawi...tak macam patah al kejong yg sorenyer tertelan batu...

Wakahkahkahkahkahkahkah
Quote bulalof 11-7-2023 09:27 AM
selain dari tuntutan agama, demi kelangsungan hidup dan sesuap nasi.
Quote msxx 11-7-2023 09:28 AM
OshinDaSolja replied at 10-7-2023 02:46 PM
Alhamdulillah...seronok tengok dua rockers legend ni bersatu semula... iollz mmg respect pak Awie da ...

Amy ada kes weed dulu masa polis rush dlm club. Tp x lekat kes ke macam mana ntah. Lupa dh
Quote stingerpressor 11-7-2023 09:28 AM
[youtube]ixujeBtv8Ig[/youtube]

Pazzpizzpuzz bila nak mulakheun langkah sebegini pula?
Quote oddxx 11-7-2023 09:28 AM
Awie sejak beberapa tahun ni dah kurang baran dah macam dulu. Cakap pun lebih lembut dan teratur.

Suka tau dia berubah cam ni. Teruskan yang baik baik je TokWie.
Quote She-Ra 11-7-2023 09:34 AM
teguran tokwi tu mmg berasas dan elok naw
iols ntahla, sampai sekarang takleh go dgn si phewit ni
masa konsert ella jilid akhir haritu, tiba dia ada, terus rasa POTONG ah!
perangai dia tu buat kita rasa EWWWWW
ko dh mmg takleh nyanyi mcm dlu, buat la perangai elok sikit, selari dgn suara yg takleh nk p sgt tu.. ini tak,lagak takmo kalah mcm suara tokwi sedap didengar

ehh panjang lak aku bebel hahahaa

Quote marchikobonzo 11-7-2023 10:27 AM
Bagus ehh perangai tokwi dah tua2 ni..makin baik..hidup husin supervisa!!!
Quote sleepandream 11-7-2023 10:36 AM
amy gaduh dgn arwah yazit dulu sbb apa?
baca artikel ni nampak mcm awie yg minta maaf..
Quote oddxx 11-7-2023 11:11 AM
sleepandream replied at 11-7-2023 10:36 AM
amy gaduh dgn arwah yazit dulu sbb apa?
baca artikel ni nampak mcm awie yg minta maaf..

bantu jawab.

Awie bidas Amy dan team search sebab tak bantu Yazit Search yang masa tu sedang sakit. Agak pedas laa teguran Awie masa tu. Amy terasa hati.
So Awie sbg yg lebih muda dari Amy minta maaf sbb teguran tu, sekarang-sekarang ni Awie nak tenang-tenang je.

Quote Kampungpeoplesz 11-7-2023 11:29 AM
Next kakafaz n jahlop maybe? Kuikuikui

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.044071 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top