Selepas lebih setahun tidak berkomunikasi, vokalis rock legenda tanah air, Datuk Amy Search dan Dato Awie Wings mengakhiri ‘perang dingin’ dengan silaturahim dan ukhuwah yang lebih baik.
Awie yang menyifatkan hubungan baik yang kembali terjalin sebagai ‘rujuk’ malah bersyukur kerana perasaan marah, sakit hati dan benci antara satu sama lain akhirmya terhapus dengan kemaafan.
“Ya kami sudah ‘rujuk’, Alhamdulullah,” jawab Awie ringkas berseloroh.
IG
“Saya rasa bulan ini bulan yang sangat mulia, ada orang mengutuskan seseorang untuk berbincang, saya minta masa fikir dulu dan saya juga ada komitmen.
“Saya fikir juga saya sebagai yang lebih muda akhirnya selepas beberapa minggu kami berjumpa.
“Saya sayang dia sebagai brother, pelopor rock dan dalam Malaysia ini tak ada orang boleh dapat nombor satu kecuali Amy,” tambah Awie lagi.
Awie ditemui media selepas membuat persembahan finale malam pertama pada NUSA FEST yang berlangsung hujung minggu lalu.
Ironi pertemuan dan perdamaian yang terjadi juga diatur oleh Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim dan Opie Sofea sebelum NUSA FEST berlangsung. Wings dan Search menjadi headliners untuk festival tersebut.
Bercerita lanjut, Awie mendedahkan hubungan mereka menjadi dingin bertahun lamanya selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019.
“Bertahun (tak bertegur), sejak Abang Yazit meninggal dunia. Saya akur saya orang yang umur lebih bawah, saya pergi jumpa, bermaafan, berpeluk, cium, sebagai adik dan abang sebagai sahabat perjuangan dalam industri.
“Saya pun makin tua, kubur pun sudah memanggil, cukuplah, Syukur,” katanya lagi.
Antara faktor yang membuat hatinya lembut untuk berbaik akui Awie selepas hubungannya dengan bekas isteri, Rozana pulih sekaligus memberi peluang beliau bertemu dua anaknya yang telah lapan tahun tidak bersua.
“Apabila jumpa anak dan bekas isteri, cukuplah zaman perang-perang, benda-benda bodoh ini cukuplah. Mana kawan yang bergaduh dengan saya semua kami berbaik balik, saya tak mahu (panjang),” katanya lagi.
IG
Untuk rekod, Amy mengakui berkecil hati dengan komen pedas yang dikeluarkan Awie mengenai kepincangan yang terjadi dalam Search. Awie antaranya menyifatkan Amy tidak bertanggungjawab kerana mengabaikan kebajikan dan ego apabila ada dalam kalangan anggota kugiran tersebut jatuh sakit, termasuk Allahyarham Yazit.
Post time 10-7-2023 02:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Alhamdulillah...seronok tengok dua rockers legend ni bersatu semula... iollz mmg respect pak Awie dan pak Amy sebab keduanya clean tak pernah terlibat najis dadah... personaliti pun bagus humble dan ramah dgn fans...
teguran tokwi tu mmg berasas dan elok naw
iols ntahla, sampai sekarang takleh go dgn si phewit ni
masa konsert ella jilid akhir haritu, tiba dia ada, terus rasa POTONG ah!
perangai dia tu buat kita rasa EWWWWW
ko dh mmg takleh nyanyi mcm dlu, buat la perangai elok sikit, selari dgn suara yg takleh nk p sgt tu.. ini tak,lagak takmo kalah mcm suara tokwi sedap didengar
Awie bidas Amy dan team search sebab tak bantu Yazit Search yang masa tu sedang sakit. Agak pedas laa teguran Awie masa tu. Amy terasa hati.
So Awie sbg yg lebih muda dari Amy minta maaf sbb teguran tu, sekarang-sekarang ni Awie nak tenang-tenang je.