CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Menyanyi Guna Lenggok Arab, Naufal Azrin Dikutuk Rosakkan Lagu Malampagi

10-7-2023 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1307| Komen: 19

Naufal Azrin dituduh rosakkan lagu berjudul Malampagi yang dipopularkan oleh Saixse dengan memberi sentuhan elemen timur tengah dalam lenggok nyanyiannya.

Naufal kata dia menyanyikan semula lagu popular itu hanya sekadar untuk hiburan dengan membawa dengan cara tersendiri.


Foto: IG

"Idea itu memang daripada saya sendiri tapi ia datang secara tiba-tiba, saya sekadar cuba sahaja.

"Memang tidak semua lagu boleh 'dinasyidkan' tapi bagi saya lagu Malampagi yang saya nyanyikan itu sekadar cover sahaja, untuk seronok-seronok macam orang lain yang suka lagu itu," katanya kepada mStar.


Naufal mengulas mengenai kritikan dan kecaman netizen terhadap versi lagu tersebut yang disifatkan telah merosakkan karya asal dengan memasukkan elemen Arab di dalam nyanyiannya.

Sedar dia dikecam netizen, Naufal berkata, dia sudah terbiasa dengan kecaman malah memilih untuk tidak ambil peduli dengan kata-kata dilemparkan terhadapnya.


"Saya ada baca komen netizen tapi secara peribadi saya okay sahaja. Bagi saya biasalah ada orang tak suka atau puji bila kita buat sesuatu.

"Tapi ada juga yang suka, ada kata cara saya ini bawa kesedaran untuk 'healing' ke masjid. Jadi saya rasa ia bergantung kepada penerimaan orang juga.

"Ada yang dengar suara saya ini macam nak buat baik tapi ada pula mengatakan mereka meluat," katanya.


Mengulas mengenai dakwaan dia hanya mampu membawa lagu berirama timur tengah, Naufal minta pendengar menantikan single terbaharu daripada yang menampilkan kelainan.

"Tunggu single solo saya tak lama lagi. Lagu itu memang lain berbanding apa yang pernah saya bawa sebelum ini," kongsinya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-7-2023 10:26 AM
nauzubillah min zalik...lagi sedap suara mesin tebu acik eton sameon...

apa benda ni nyahhhh... tak sesuai langsung konsep dengan lagu kau tu...

baik kau buat belly dance ala2 shakira jah sambil tunjuk bulu dada sejemput tu...

atleast yang tu pun tak memalukan tahap ni...


Quote cikatilia 10-7-2023 10:26 AM
tak semua benda boleh kau ubah dek
Quote Binodino 10-7-2023 10:33 AM
Dia dengan si nuha ni kerjanya mengerebkan lagu2 sedia ada je ke? Takde lagu sendiri yang bukan ereb? Sedih. Baik kau bawak grab je, dik.
Quote kuceeng 10-7-2023 12:00 PM
lagu ori pon dah hauk + cringe, bile dilenggok erebkan bertambah la sampah
Quote prince_marhaen 10-7-2023 12:40 PM
Perasan Arab... padahal ponen nasyid jahhhhhh..... pastu ramai la cikki usrah menggeletorr bijikkk..
Quote pearl.silver 10-7-2023 12:56 PM
Dah laa obviously guna mesin autotune. Baik ko bg AI je nyanyi.
Quote rayna_raynes 10-7-2023 01:01 PM
Okay je, sedap dia berqasidah
Lagu Malampagi tu memang hauk pun, takde nya orang nak rosakkan
Quote GegarVaganja 10-7-2023 01:10 PM
Sukati kau la naufal, janji burung kau tak Terbang Sudan

Quote September14 10-7-2023 01:16 PM
Aku dh la nyampah dgr lgu ni

Versi dia ni beratus2 kali nyamph aku dgr
Quote Suchi 10-7-2023 01:24 PM
Ermmm bosan sama bosan dgn penyanyi nasyid suka menasyidkan memana lagu pop org lain.
Ada yg tukar lirik ketuhanan pun ada, ehh buat la lagu nasyid sendiri dgn melodi yg sedap
Tak payah nak tukar2 lirik lagu org lah
Quote chikumanis 10-7-2023 02:23 PM
hahahaaaa..nak tiru ikhmal nour ke dik? yg duk nyanyi lagu cucur adabi enaq qo qo
Quote OshinDaSolja 10-7-2023 03:31 PM
tak payah nk masukkan elemen arab la dik oiii.. rmai dh arab celup dkt Malaysia ni,,rimas tengok... semua gigih nk jadi arab ana enta akhi ya maulana ya habibi... tak masuk lg fesyen2 arab... hmm
Quote ibu_haritz 10-7-2023 03:33 PM
Mcm lahenettttt je lagu ni di arabkan...
Quote tobobon 10-7-2023 03:47 PM
meols menyampah gak lagu ni dok dua tiga kali ulang...terutama kat tiktok..ramai betul orang depressed ya skrg...

tp meols tak tahan nak gelak sekali kluar versi bang najib menyanyi lagu neh  
Quote Sazreena 10-7-2023 05:16 PM
Aku benci gile lagu ni...seriously!
Quote Kangkung1M 10-7-2023 10:20 PM
tobobon replied at 10-7-2023 03:47 AM
meols menyampah gak lagu ni dok dua tiga kali ulang...terutama kat tiktok..ramai betul orang depress ...
tp meols tak tahan nak gelak sekali kluar versi bang najib menyanyi lagu neh

Ramai orang rindu Najib. Tu yang sering terbayang-bayang memikirkan beliau.

[ig]https://www.instagram.com/reel/Ct_7Z3LJsvj/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Versi Najib tu Danial Zaini yang nyanyi.

[ig]https://www.instagram.com/reel/CuBZmiCt2Pp/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]

Quote Kangkung1M 10-7-2023 10:50 PM
Edited by Kangkung1M at 10-7-2023 02:51 PM
rayna_raynes replied at 10-7-2023 01:01 AM
Okay je, sedap dia berqasidah
Lagu Malampagi tu memang hauk pun, takde nya orang nak rosakkan

Bila you sebut pasal qasidah, I tergelak. Teringat pasal Anuar Zain nyanyi bersama kumpulan Ruffedge.

Anuar dan Mode (Ruffedge) nyanyi menggunakan teknik tarannum dan qasidah. Lucu tengok gelagat si Mode yang macam menyindir cara nyanyian Anuar.

[ig]https://www.instagram.com/reel/CuBYvKipgYY/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote ashilalat 10-7-2023 10:50 PM
dudaberhias replied at 10-7-2023 10:26 AM
nauzubillah min zalik...lagi sedap suara mesin tebu acik eton sameon...

apa benda ni nyahhhh... tak ...

[youtube]20JqlbZjwho[/youtube]

Mohon kaka dud berikan sepatah dua kata mana yg lebih merdu antara nopal dgn penyanyi antarabangsa ini.
Quote dudaberhias 10-7-2023 11:04 PM
ashilalat replied at 10-7-2023 10:50 PM
Mohon kaka dud berikan sepatah dua kata mana yg lebih merdu antara nopal dgn penyanyi antarabang ...

omg sedapnya lagu ni kaka...walaupun kadang2 suara acik ning bertukar jadi belon terkeluar angin waktu live..
sudah tentu lah iolsss pilih acik ning meskipun sheolss boleh bertukar jadi ayam pirus waktu live..
kurang2 iols boleh tumpang nama kokesen dalton tu bebanding si nopal ni?
yihhhh kossser nak bernamakan jawa fefeeling arab...





Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.038598 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top