Naufal Azrin dituduh rosakkan lagu berjudul Malampagi yang dipopularkan oleh Saixse dengan memberi sentuhan elemen timur tengah dalam lenggok nyanyiannya.
Naufal kata dia menyanyikan semula lagu popular itu hanya sekadar untuk hiburan dengan membawa dengan cara tersendiri.
Foto: IG
"Idea itu memang daripada saya sendiri tapi ia datang secara tiba-tiba, saya sekadar cuba sahaja.
"Memang tidak semua lagu boleh 'dinasyidkan' tapi bagi saya lagu Malampagi yang saya nyanyikan itu sekadar cover sahaja, untuk seronok-seronok macam orang lain yang suka lagu itu," katanya kepada mStar.
Naufal mengulas mengenai kritikan dan kecaman netizen terhadap versi lagu tersebut yang disifatkan telah merosakkan karya asal dengan memasukkan elemen Arab di dalam nyanyiannya.
Sedar dia dikecam netizen, Naufal berkata, dia sudah terbiasa dengan kecaman malah memilih untuk tidak ambil peduli dengan kata-kata dilemparkan terhadapnya.
"Saya ada baca komen netizen tapi secara peribadi saya okay sahaja. Bagi saya biasalah ada orang tak suka atau puji bila kita buat sesuatu.
"Tapi ada juga yang suka, ada kata cara saya ini bawa kesedaran untuk 'healing' ke masjid. Jadi saya rasa ia bergantung kepada penerimaan orang juga.
"Ada yang dengar suara saya ini macam nak buat baik tapi ada pula mengatakan mereka meluat," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan dia hanya mampu membawa lagu berirama timur tengah, Naufal minta pendengar menantikan single terbaharu daripada yang menampilkan kelainan.
"Tunggu single solo saya tak lama lagi. Lagu itu memang lain berbanding apa yang pernah saya bawa sebelum ini," kongsinya. -CARI
Post time 10-7-2023 01:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ermmm bosan sama bosan dgn penyanyi nasyid suka menasyidkan memana lagu pop org lain.
Ada yg tukar lirik ketuhanan pun ada, ehh buat la lagu nasyid sendiri dgn melodi yg sedap
Tak payah nak tukar2 lirik lagu org lah
Post time 10-7-2023 03:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tak payah nk masukkan elemen arab la dik oiii.. rmai dh arab celup dkt Malaysia ni,,rimas tengok... semua gigih nk jadi arab ana enta akhi ya maulana ya habibi... tak masuk lg fesyen2 arab... hmm
omg sedapnya lagu ni kaka...walaupun kadang2 suara acik ning bertukar jadi belon terkeluar angin waktu live..
sudah tentu lah iolsss pilih acik ning meskipun sheolss boleh bertukar jadi ayam pirus waktu live..
kurang2 iols boleh tumpang nama kokesen dalton tu bebanding si nopal ni?
yihhhh kossser nak bernamakan jawa fefeeling arab...