Impian seorang wanita yang mengidam untuk memiliki kereta sorong bayi jenama butik terkemuka berharga RM23,000 akhirnya tercapai apabila dihadiahkan oleh suaminya. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @afinisafien yang juga seorang usahawan, kelihatan suaminya membawa ke butik pakaian tersebut bagi ‘unboxing’ (membuka kotak) kereta sorong terbabit.
“Terima kasih suami, melayang RM23,000 untuk kereta ‘baby’ (bayi) sampai termimpi-mimpi memang kena beli. Nanti kempunan pulak kata suami. “Alhamdulillah rezeki bayi. Suami kata kalau beli stroller harga RM23,000 ni, kena beranak lagi tiga tahun akan datang,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut. Sehingga kini video itu telah mendapat 474,000 tontonan, 13,200 tanda suka dan 2,198 perkongsian. Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mendoakan buat wanita berkenaan namun tidak kurang juga yang mempersoalkan harga yang tidak masuk akal itu.
“Alhamdulillah rezeki dia. Kalau kita RM23,000 beli Perodua Axia Rahmah dapat bawa anak tidak kena hujan panas,” komen Zue. “Percayalah, lepas anak tujuh bulan, tak akan guna dah. Pelaburan yang sangat tak berbaloi,” komen Nur Fatihah. “Sekarang memang trend beli kereta sorong bayi harga mahal-mahal ke? Mesti tak ada radio kan. Sebab sama dengan Perodua Axia Rahmah,” komen seorang pengguna yang lain pula. Sumber: Kosmo! Online
|
Carcosa replied at 8-7-2023 01:51 AM
Kalau tak timbang kilo, geng laundry.
Tu jelah kalau hamak nak upload semua benda siap harga bagai.
...
ADVERTISEMENT