CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Gigih Menabung Nak Tolong Bayar Separuh Wang Hantaran- Bakal Suami Buat Bodoh, Langsung Tak Menyimpan

27-6-2023 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2422| Komen: 43

Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, sepasang kekasih mengambil pendekatan berbeza apabila pihak wanita turut bermurah hati untuk menyumbang dalam penyediaan hantaran.

Bagaimanapun niat baik bakal isteri itu seperti tidak dihargai si lelaki yang mengambil ringan bahagiannya.


"Hantaran kahwin kami dah ditetapkan sebanyak RM10,000. Kami dah setuju untuk bahagi dua. Saya kumpul RM5,000 dan tunang saya kumpul RM5,000.

"Tapi sedihlah. kenduri kami bulan Disember nanti, sampai sekarang dia tak mula lagi nak menyimpan. Aku yang perempuan ni pula macam beria duduk menyimpan.

"Kadang rasa macam tak nak teruskan bila tengok dia tak ada usaha, macam mana ya nak berhadapan dengan situasi ni," tanya wanita itu.


Gambar Hiasan

Di ruangan balas warga maya berkata lelaki itu seharusnya bersyukur kerana mempunyai pasangan yang bertimbang rasa dan sudi meringankan bebannya.


"Sepatutnya pihak lelaki yang kena keluar lebih dari pihak perempuan. Kira baik sangat dah tu hantaran RM10,000. Tidak terlalu tinggi hantaran yang diletakkan untuk simpan duit.

"Carilah lelaki yang tidak kedekut berbelanja untuk kamu. Boleh perlahan-perlahan tinggalkan lelaki ini. Bukan suami yang sesuai untuk menemani hidup kamu.

"Dah dapat partner yang nak tolong kumpul duit hantaran pun tak tahu nak hargai. Ramai yang nak ada pasangan memahami seperti akak ni. Tak faham la orang sekarang.

"Kumpul RM5,000 senang sangat sebenarnya, memang confirm la lelaki ni pemalas kalau itu pun tak boleh nak capai," kata sebahagian warga maya.

Warga maya lain pula menasihatkannya bahawa perkahwinan merupakan perkara serius dan tidak sepatutnya dibuat main.

"Nasihat yang paling berguna aku pernah dapat, selagi tak ada RM6,000 dalam tangan, jangan berangan nak masuk merisik.

"Tak ada usaha maksudnya dia tak nak. Jangan terima lelaki begini, tanggungjawab memang ke laut, Nanti di kemudian hari kita juga yang susah," kata warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 27-6-2023 04:04 PM
Rasa taknak teruskan then tak payah teruskan. Kalau kau rasa lepas kawin kau ok je support perbelanjaan keluarga sorang2 tapi laki kau lepas tangan kau teruskan la. Kalau rasa tak boleh then putus. Simple kan?
Quote dani-rox 27-6-2023 04:07 PM
Red flag sebesar2 alam pun masih tak paham. Best sgt ke bakal laki ko tuh? Lepas kawen entah2 pensil 2b jer pon. Tak berbaloi dekk gigeh tong2 duit hantaran
Quote Decaffeinated 27-6-2023 04:11 PM
Sebegitu sekali hodoh eh bodohnya ko dek.
Quote Thunderclouds 27-6-2023 04:23 PM
Menda gitu pon nk layoq kt twidder?
Akai mana akai?
Quote afie_m 27-6-2023 04:25 PM
eh dik,kalau ko teruskan juga..makan hatilah ko lps kawin
Quote manehnya 27-6-2023 04:33 PM
bodonya la dik, zaman makcik laki ajer yg simpan duit, org puan dok diam2, jaga diri...

ergh, laki mcm tu nk buat suami? tahan berapa hari je dik, baik x yah,

pelik la budak zaman skrg, announce MAS KAWEN belas2 ribu K, tp kongsi? satu kelucuan....

Quote manehnya 27-6-2023 04:34 PM
Binodino replied at 27-6-2023 04:04 PM
Rasa taknak teruskan then tak payah teruskan. Kalau kau rasa lepas kawin kau ok je support perbelanj ...

asal belaki kut jenis ni,

takut x dak yg nk kan dia lgi, ataupun daranya telah di ragut? dah knp boleh je belah x nak blah?
Quote aechae 27-6-2023 04:37 PM
benda gini xyah tnya orang dik... pegi cri org yg gaji byk sket...xda terkial2 nk kumpul 5k. tu bru nk kawin, kang lepas kawin buka cerita lain plak....

Biar kawin lmbat, jnji berduit okeh
Quote Yoonggi 27-6-2023 04:41 PM
Ntahnye. Terang LG bersuluh dah kot apa dia kena buat.
Quote tripleid 27-6-2023 04:45 PM
Ikut je la kata hati tak nak teruskan hubungan tu..baik ko putus skrg drpd kena bela bewak hidup lepas kawin.lagi naya
Quote mojarean_X 27-6-2023 04:48 PM
Rm10k je. Ni 2023 kot
Quote mojarean_X 27-6-2023 04:48 PM
dani-rox replied at 27-6-2023 04:07 PM
Red flag sebesar2 alam pun masih tak paham. Best sgt ke bakal laki ko tuh? Lepas kawen entah2 pensil ...

Herlokkk kot
Quote cikatilia 27-6-2023 04:56 PM
buang masa aje kawin dgn laki mcm ni
Quote prettyuglybabe 27-6-2023 05:24 PM
janji berlaki dek..
takde duit tak apa..
janji jangan ada pompuan lain jah
Quote lolipopmanish 27-6-2023 05:26 PM
Hmmmm sedihhhhhhhhh
Quote She-Ra 27-6-2023 06:00 PM
jangan jadi bodo dekkkk
kbai
Quote Tinot7 27-6-2023 06:27 PM
Kalau takde duit tu, kensel je la dekk..
Quote tumpanglalu74 27-6-2023 06:37 PM
Laki tu taknak berusahe ko rase??  Sebelom ni semua pon ko yang suap ke camne?  Menanges makbapak ko nanti.  Dara tu simpan siked untok yang layak dibuad laki.
Quote green~tea 27-6-2023 06:46 PM
Loser je jantan begitu


LEAVE HIM

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.048557 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top