Seorang pelancong mencetuskan kemarahan di media sosial dan menteri kebudayaan Itali pada Isnin selepas klip perbuatannya mengukir nama teman wanita di tapak bersejarah Colosseum di Rom menjadi tular, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Ia amat memalukan dan tanda kekurangan budaya yang besar apabila pelancong merosakkan satu daripada tempat paling terkenal di dunia, tempat warisan bersejarah," kata Menteri Kebudayaan Gennaro Sangiuliano. Sangiuliano turut berharap agar pelakunya ditemui dan dihukum. Beberapa tahun lalu, seorang pelancong Rusia didenda EUR20,000 (US$21,800) atas perbuatan serupa. Laporan media Itali mencadangkan bahawa suspek yang tidak diketahui boleh dikenakan denda yang sama jika ditangkap. Dibina pada abad pertama Masihi, Colosseum ialah amfiteater terbesar di dunia, mercu tanda Rom dan tarikan pelancong utama. Tapak bersejarah itu menarik kunjungan satu juta pelawat setiap tahun.
Sumber: BERNAMA
|
ADVERTISEMENT