Seorang lelaki tampil mempersoalkan rasional di sebalik ibu bapa yang mempunyai ramai anak tetapi culas untuk menampung kos membesarkan mereka. Persoalan itu dicetuskannya susulan tular satu tangkap layar memaparkan individu dipercayai seorang ibu sedang 'mengemis gift' di platform TikTok dengan alasan untuk membiayai keperluan anaknya.
Sekuntum bunga ros di TikTok dianggarkan menyamai nilai RM0.04 dan merupakan bentuk pemberian 'gift' termurah dalam platform berkenaan. Dapat diperhatikan di ruangan komen live TikTok itu, sebahagian penonton bermurah hati menghadiahkan beberapa kuntum bunga ros kepada wanita berkenaan. Mengulas isu tersebut, lelaki itu mengemukakan hujahnya dengan mengatakan anak itu adalah amanah. "Bagi aku, anak tu lebih kepada amanah berbanding rezeki. Kena ingat ya, tak berdosa kalau tak ada anak atau kurang anak, tapi berdosa kalau gagal didik anak walaupun anak tu seorang sahaja.
"Orang Melayu kita ni duduk fikir anak ni rezeki bagai. Mungkin masa sekolah ustaz atau ustazah tak ajar kot. "Rezeki anak-anak datang melalui kita, bukannya rezeki kita datang melalui anak," tegas lelaki tersebut tentang perbezaan antara rezeki dan amanah. Menurut lelaki itu lagi, tidak wajar menggunakan anak sebagai 'alat' untuk meraih simpati. "Saya pernah dengar, ada yang kata kita menumpang rezeki anak. Masalahnya, orang kita kebanyakannya 'menunggang' anak-anak cari rezeki. "Siap ada yang sokong lagi mereka hidup meminta-minta ni, sedangkan Nabi Muhammad sendiri pun tak galakkan amalan macam ni. "Tak faham aku dengan mentaliti orang Melayu kita," ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong apa yang dibahaskan lelaki itu. Sumber: mStar
|
Meiizu replied at 25-6-2023 05:42 PM
Generasi parent yg berkawin tahun 70an 80an 90an memang dimomokkam anak tu rezeki sebab ajaran seta ...
Meiizu replied at 25-6-2023 05:42 PM
Generasi parent yg berkawin tahun 70an 80an 90an memang dimomokkam anak tu rezeki sebab ajaran seta ...
CatMiow replied at 26-6-2023 12:15 AM
Isu ni sangat la sensitip kat porum ni. Bila kita kata elok la merancang, nanti kata kita ni penet ...
ADVERTISEMENT