View: 613|Reply: 6
|
Rayu 'Gift' Di Tiktok, Miskin Tapi Anak Ramai Atas Alasan ‘Rezeki’
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki tampil mempersoalkan rasional di sebalik ibu bapa yang mempunyai ramai anak tetapi culas untuk menampung kos membesarkan mereka.
Persoalan itu dicetuskannya susulan tular satu tangkap layar memaparkan individu dipercayai seorang ibu sedang 'mengemis gift' di platform TikTok dengan alasan untuk membiayai keperluan anaknya.
Sekuntum bunga ros di TikTok dianggarkan menyamai nilai RM0.04 dan merupakan bentuk pemberian 'gift' termurah dalam platform berkenaan.
Dapat diperhatikan di ruangan komen live TikTok itu, sebahagian penonton bermurah hati menghadiahkan beberapa kuntum bunga ros kepada wanita berkenaan.
Mengulas isu tersebut, lelaki itu mengemukakan hujahnya dengan mengatakan anak itu adalah amanah.
"Bagi aku, anak tu lebih kepada amanah berbanding rezeki. Kena ingat ya, tak berdosa kalau tak ada anak atau kurang anak, tapi berdosa kalau gagal didik anak walaupun anak tu seorang sahaja.
"Orang Melayu kita ni duduk fikir anak ni rezeki bagai. Mungkin masa sekolah ustaz atau ustazah tak ajar kot.
"Rezeki anak-anak datang melalui kita, bukannya rezeki kita datang melalui anak," tegas lelaki tersebut tentang perbezaan antara rezeki dan amanah.
Menurut lelaki itu lagi, tidak wajar menggunakan anak sebagai 'alat' untuk meraih simpati.
"Saya pernah dengar, ada yang kata kita menumpang rezeki anak. Masalahnya, orang kita kebanyakannya 'menunggang' anak-anak cari rezeki.
"Siap ada yang sokong lagi mereka hidup meminta-minta ni, sedangkan Nabi Muhammad sendiri pun tak galakkan amalan macam ni.
"Tak faham aku dengan mentaliti orang Melayu kita," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong apa yang dibahaskan lelaki itu.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Tp tetap bole main tiktok beli data. I assume mesti pakai prepaid kn depa ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah p mengemis gift kat tiktok tu.. laaaambaaat sgt nk kumpoi point nya..p la apply free sample susu pampers belambak2 kat website tuu..kat group suri rumah ada sharing daipers any brand boleh apply sample every 2m..belambak wei brand..ada drypers.. mummypoko.. Huggies. Itu kalaun bulan ni apply tape..next 2month apply la yg pants pulak.free postsge tuu.. Susu ank pun belambak2 samples dok lalu lalang..brand2 murah biasa bg +-300gm pack kecik..brand mahai bg sachet 2@3pack.
Applyaa wei...xpayah merayu mintak kat org |
|
|
|
|
|
|
|
Generasi parent yg berkawin tahun 70an 80an 90an memang dimomokkam anak tu rezeki sebab ajaran setad setazah dulu yg menekankan itu..merancang pun dosa katanya sekat rezeki.
Problemnya ni dah thn 2023 ..kalau thn thn 2000 sekali pun apa lembap otak sgt takmo merancang.duk percaya lagi keeeee anak kena ramai...nabi apa anak ramai? |
|
|
|
|
|
|
|
Meiizu replied at 25-6-2023 05:42 PM
Generasi parent yg berkawin tahun 70an 80an 90an memang dimomokkam anak tu rezeki sebab ajaran seta ...
Isu ni sangat la sensitip kat porum ni. Bila kita kata elok la merancang, nanti kata kita ni penetu rezeki.
Tapi hakikatnya,anak memang amanah, kita yang kena berusaha kuat cari rezki lebih, bukan nak tumpang senang anak bila dah besar.
Orang fikiran macam ni, memang susah nak keluar dari kesusahan. |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan dulu2 mmg mcm tu,tapi skrg ni pun masih ada yg mcm tu terutama pedalaman,agaknye diorg x tahu kot |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu aku diam je kalo jumpe org mcm tu,
kalau aku nk ckp pun alasan aku serik nk beranak,sakit sehhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|