sumber foto : Diarishare Bagi memastikan kek yang dijual lebih menarik perhatian pembeli, kebanyakan pembuat kek akan menghasilkan bentuk kek yang sesuai dengan citarasa semasa. Contoh ada satu masa watak angry bird amat diminati kanak-kanak termasuk orang dewasa, kita boleh lihat terdapat pelbagai jenis kek yang berbentuk angry bird dihasilkan di pasaran.
Yang itu merupakan strategik pemasaran pembuat kek yang bertujuan untuk komersial.
Namun bagi Chef Otodidak Rhiannon dari Cakecrumbs dilihat lebih berminat gambaran di ruang angkasa lepas yang luas dan penuh dengan misteri. Justeru beliau mendapat ilham menghasilkan siri kek berbentuk planet yang dirancang secara ilmiah dan tepat dengan pelbagai jenis kuih yang mewakili pelbagai lapisan pada planet Bumi dan Musytari. Untuk Kek Jupiter pusat nya adalah batuan (mudcake), diikuti oleh lapisan hidrogen metalik cair (mentega badam), dan molekul hidrogen cair (vanili berwarna). Untuk Bumi, yang dibuat mirip dengan dengan bentuk bumi lengkap dengan benua, Samudara dan lapisan bumi. Jelas, hasil kerja Chef Otodidak Rhiannon bukan sahaja boleh dijadikan sebagai bahan sajian malah sambil itu boleh dijadikan bahan pengajaran buat kanak-kanak. Berikut adalah paparan gambar yang jelas memperlihatkan hasil kerja yang memang teliti dan memerlukan kesabaran yang tinggi. |
6
Bagus |
5
Marah |
10
Terkejut |
5
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT